Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Ramai yang telah menjadi mangsa scam, tidak kiralah daripada peniaga online mahu pun dari individu yang tidak bertanggungjawab. Apa yang kami nak ingatkan, sekarang ni pun banyak kes job seeker yang ditipu oleh company scam. Bukan saja ditipu daripada segi tawaran kerja, malah ada juga yang melibatkan kewangan.
Seram kan?
Oleh sebab itu sebelum korang nak terima mana-mana tawaran bekerja, semak terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut.
Silap-silap diri sendiri yang rugi nanti.
Nah, sebelum korang tertipu, jom kita rujuk tanda-tanda sama ada company tu scam atau tak seperti yang telah dikongsi oleh maukerja.my ini.
Ads
1. Kena bayaran semasa cari kerja
“Nak cari kerja ke? Dah beli borang permohanan kerja? Satu borang RM20 je. Lagi banyak korang beli, lagi tinggi peluang untuk korang dapat kerja tau”
“Sebelum kita mulakan interview ni, awak kena bayar RM30 untuk proses interview ni ya”
Ya, jangan terkejut sekiranya korang berhadapan dengan situasi seperti ini. Semua benda pun nak minta bayaran, memang sah syarikat tu nak kenakan korang je.
Ads
2. Permintaan pelik dan mencurigakan
Selain daripada meminta wang, ada juga company scam yang suka minta maklumat yang sama sekali tidak masuk akal. Contohnya, korang diminta untuk memberi gambar yang agak kurang sopan. Sah-sah la mengarutkan!
3. Tempat dan masa interview yang mencurigakan
Ads
Biasanya, waktu interview mestilah diaturkan ketika waktu kerja. Tapi, kalau ada yang suruh datang pada waktu malam, memang nampak sangat ada yang tak kena. Jangan cepat percaya okay?
Walaupun sekarang ni susah nak dapat kerja, tapi janganlah sampai korang menerima saja segala tawaran yang datang tanpa mengambil kira sama ada syarikat tersebut scam atau tidak.
Kalau rasa ragu dengan tawaran mereka, selidik dahulu latarbelakang syarikat tersebut atau minta pandangan daripada rakan-rakan lain.
Apa-apa pun kami ingin ucapkan all the best untuk korang yang mungkin sedang mencari kerja!
Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya pereka fesyen kelahiran Johor ini menjadikan beg plastik biskut sebagai satu rekaan dengan sentuhan baru lagi trendy dan vintage.
Kreatifnya guna barang terbuang jadikan beg yang awesome!
Siapa tak kenal dengan biskut daripada jenama legand Hup Seng dan roti Gardenia. Antara makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi snek kegemaran rakyat Malaysia, malah kini menjadi aksesori fesyen yang menarik perhatian ramai baru-baru ini.
Jika sebelum ini, beg ikea dijadikan inspirasi Balenciaga untuk menghasilkan rekaan beg tote yang mencecah hampir RM10 Ribu. Terbaru, seorang pereka fesyen di Johor berjaya menghasilkan beg tangan menggunakan plastik bungkusan kedua jenama popular itu. Aksesori daripada Wan’s Handmade ini menjadikan bungkusan plastik itu kepada sebuah beg tangan yang cukup kreatif dengan stail vintage.
Pereka fesyen dari Batu Pahat yang membuat kostum, beg dan anak patung ini menerima banyak pesanan dan komen setelah mempromosikan beg tangan Hup Seng Cream Crackers berwarna kuning di Facebook beberapa hari lalu.
Perkongsian di Facebook itu menerima lebih 4,000 perkongsian yang kebanyakannya berminat untuk mendapatkan beg tangan tersebut. Selain daripada plastik bungkusan Hup Seng Cream Crackers, dia turut menggunakan bungkusan roti jenama Massimo untuk rekaan yang lain.
Berdasarkan perkongsian di Instagram, beg yang dikitar semula ini adalah sebahagian daripada projek yang dinamakan sebagai Plastic Reborn Project yang memberi kehidupan baru kepada sampah. Dia mengumpulkan bungkusan plastik terpakai dan memberi mereka identiti baru dengan tujuan baru.
Kreatif habis kan pereka fesyen dari Batu Pahat ni. Untuk pengetahuan korang, beg plastik daripada Plastic Reborn Project ini berharga dari RM79 ke atas sementara ciptaannya yang lain dijual antara RM15 hingga RM200.
Serius, dulu kita main buang je plastik biskut ni kan..
Sempena bulan Ramadhan yang baru bermula minggu ini, Mamat Khalid kembali lagi dengan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang!
Untuk korang yang tak tahu, drama bersiri puasa mamat Khalid ini dah 17 tahun sejak filem 15 Puasa (2004) ditayangkan. Mungkin waktu tu korang baru lahir kot…hehe
Filem 18 puasa di Kampong Pisang ini merupakan gabungan antara drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-siri, 16 & 17. Seperti biasa, ramai penggemar filem tempatan menyukai elemen lawak yang disampaikan oleh Mamat Khalid dalam karya terbarunya itu.
Malah, Mamat Khalid turut memuat naik trailer rasmi 18 Puasa di Kampung Pisang dan menyaksikannya sahaja sudah dapat agak kali ini agak berbeza sedikit hasil karyanya.
Bukan hanya buat korang berdekah setiap masa, telefilem ini menawarkan hiburan dan banyak pengajaran pada penonton.
Malah barisan pelakonnya juga ditambah dengan beberapa pelakon dan turut kelihatan Ustaz Kazim Elias juga ada berlakon dalam filem kali ini. Juga ada karakter baru dan menarik yang dibintangi oleh Namron. Berikut adalah trailer rasmi 18 Puasa di Kampung Pisang yang dikongsikan oleh pengarah tersohor ini:
Nampak macam lebih wow dari sebelum ini!
Siap ada kesan khas lagi bila karakter dilakonkan Namron turun dari langit. Apa-apa pun perkongsian trailer 18 Puasa di Kampung Pisang tersebut telah meraih lebih 72 ribu tontonan.
Rata-Rata netizen meninggalkan komen tak sabar menonton filem arahan Mamat Khalid ini. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:
Untuk info, korang boleh menonton filem yang dihasilkan oleh Mamat Khalid ini di Astro First mulai esok iaitu 15 April 2021.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekitar empat tahun lalu, filem Joker telah menjadi fenomena selepas berjaya menambat hati para penonton seluruh dunia, sehingga peminat tegar karya tersebut mengenakan kostum dan berdandan seperti watak utama.
Terbaharu, karya terkenal antarabangsa, Joker 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan bakal menampilkan penyanyi tersohor, Lady Gaga sebagai Harley Quinn.
Perkhabaran itu telah terbongkar selepas dibocorkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Todd Phillips apabila memberi bayangan bahawa penyanyi lagu popular Bad Romance ialah pemegang watak yang paling digilai ramai itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Phillips dalam Instagram miliknya, dia tampil berkongsi sebuah foto Lady Gaga bersama pelakon Joaquin Phoenix yang memegang watak sebagai Joker.
Sementara itu, penyanyi lagu Shallow itu turut berkongsi hantaran yang sama menerusi Instagram miliknya, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa dirinya memang terbabit dalam filem Joker 2.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan lakonan penyanyi hebat itu bergandingan dengan Phoenix.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi versatil, Stacy Anam, akhirnya bakal menunaikan impian untuk mengadakan konsert solo sulung di tempat kelahirannya, Sabah.Konsert tersebut bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa...