Nak Tahu Company Tu Sebenarnya Scam Atau Tak, Ini 3 Tanda Yang Korang Boleh Check

Share

Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.

Ramai yang telah menjadi mangsa scam, tidak kiralah daripada peniaga online mahu pun dari individu yang tidak bertanggungjawab. Apa yang kami nak ingatkan, sekarang ni pun banyak kes job seeker yang ditipu oleh company scam. Bukan saja ditipu daripada segi tawaran kerja, malah ada juga yang melibatkan kewangan.

Seram kan?

Oleh sebab itu sebelum korang nak terima mana-mana tawaran bekerja, semak terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut.

Silap-silap diri sendiri yang rugi nanti.

Nah, sebelum korang tertipu, jom kita rujuk tanda-tanda sama ada company tu scam atau tak seperti yang telah dikongsi oleh maukerja.my ini.

1. Kena bayaran semasa cari kerja

“Nak cari kerja ke? Dah beli borang permohanan kerja? Satu borang RM20 je. Lagi banyak korang beli, lagi tinggi peluang untuk korang dapat kerja tau”

“Sebelum kita mulakan interview ni, awak kena bayar RM30 untuk proses interview ni ya”

Ya, jangan terkejut sekiranya korang berhadapan dengan situasi seperti ini. Semua benda pun nak minta bayaran, memang sah syarikat tu nak kenakan korang je.

2. Permintaan pelik dan mencurigakan

Selain daripada meminta wang, ada juga company scam yang suka minta maklumat yang sama sekali tidak masuk akal. Contohnya, korang diminta untuk memberi gambar yang agak kurang sopan. Sah-sah la mengarutkan!

3. Tempat dan masa interview yang mencurigakan

Biasanya, waktu interview mestilah diaturkan ketika waktu kerja. Tapi, kalau ada yang suruh datang pada waktu malam, memang nampak sangat ada yang tak kena. Jangan cepat percaya okay?

Walaupun sekarang ni susah nak dapat kerja, tapi janganlah sampai korang menerima saja segala tawaran yang datang tanpa mengambil kira sama ada syarikat tersebut scam atau tidak.

Kalau rasa ragu dengan tawaran mereka, selidik dahulu latarbelakang syarikat tersebut atau minta pandangan daripada rakan-rakan lain.

Apa-apa pun kami ingin ucapkan all the best untuk korang yang mungkin sedang mencari kerja!

Published by
Noor Ain Norman