Mulai 12.01 tengah malam ini, akan berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sebagaimana dimaklumkan, bagi mana-mana individu yang ingin merentas daerah perlu mendapatkan surat dari balai polis atau mendapatkan surat pengesahan kerja dari majikan bagi membolehkan korang merentas daerah atau negeri tanpa disiasat.
Tapi ada ketika, kita terkeliru lokasi rumah tempat tinggal kita sekarang termasuk dalam zon atau daerah mana. Betulkan.
Ya lah kita pun tak nak, tengah syok-syok memandu kena lalu pemeriksaan polis dan akhirnya mendapati kita sudah memasuki sempadan daerah lain. Lebih parah kita tak ada apa-apa surat sebagai bukti ketika itu.
Untuk pengetahuan korang, negeri Selangor ini terdiri dari sembilan daerah.
Ia terdiri daripada Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat, Hulu Selangor, Petaling, Gombak dan Sepang.
Bagi Klang, kawasan yang termasuk dalam daerah ini terdiri dari Klang dan Kapar.
Bagi Kuala Langat terdiri dari Jugra, Teluk Panglima Garang, Bandar, Tanjung 12, Kelanang, Morib dan Batu.
Kuala Selangor terdiri dari Tanjong Karang, Ulu Tinggi, Hujung Permatang, Kuala Selangor, Api-api, Jeram, Ijok, Pasangan dan Bestari Jaya.
Sabak Bernam ialah Bagan Nakhoda Omar, Sabak, Sungai Panjang, Panchang Bedana dan Pasir Panjang.
Bagi Hulu Langat, zon yang termasuk dalam daerah ini ialah Rawang, Setapak, Batu dan Hulu Klang
.
Bagi Hulu Selangor terdiri dari Hulu Bernam, Kalumpang, Kuala Kalumpang, Sungai Kerling, Gumut, Peretak, Ampang Pechah, Rasa, Batang Kali, Hulu Yam dan Serendah.
Sementara daerah Petaling terdiri dari Bukit Raja, Sungai Buloh, Damansara dan Petaling.
Bagi Gombak kawasan masuk dalam zon ini ialah Ampang, Hulu Langat, Cheras, Kajang, Hulu Semenyih, Semenyih dan Beranang.
Akhir sekali zon Sepang terdiri dari Dengkil, Labu dan Sepang.
Jadi inilah had-had zonk orang boleh lalu ya tanpa memerlukan surat rentas sempadan mengikut lokasi rumah korang duduk sekarang. Tapi kalau nak rentas sempadan, buatlah surat seperti diarahkan.