Filem live action yang diadaptasi daripada kisah klasik Dumbo kini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Mac ini.
Kisah anak gajah yang dikatakan cacat kerana mempunyai telinga besar membuatkannya menjadi bahan jenaka di sarkas milik Max Medici. Milly dan Joe yang merupakan anak kepada Holt Farrier, bekas bintang hebat sukan kuda mempercayai bahawa Dumbo bukanlah seekor anak gajah yang biasa, namun ia mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Menyedari kemampuan Dumbo boleh terbang, maka sarkas Medici membuat kemunculan semula dan persembahan anak gajah tersebut mendapat perhatian usahawan V.A Vandevere yang ingin berkolaborasi untuk taman hiburan miliknya, Dreamland.
Namun begitu, kejayaan Dumbo tidak lama kerana timbul beberapa konflik yang berlaku semasa persembahan berlangsung. Lebih menyedihkan lagi apabila ibu Dumbo (Jumbo) dipisahkan dengannya dan hendak dibunuh kerana keberadaan Jumbo di sarkas tersebut menganggu konsentrasi dan tumpuan anak gajah tersebut.
Ads
Cerita gajah terbang
Secara keseluruhan filem ini, bagi kami ia tidaklah terlalu teruk walaupun dari awal lagi jalan ceritanya mudah untuk penonton baca. Apa yang lainnya adalah anak gajah yang bertelinga besar dan mampu untuk terbang.
Korang mesti teruja dengan kecomelan Dumbo dan aksinya yang menghiburkan. Tanpa perlu mengeluarkan walau sepatah dialog, karakter anak gajah ini dilihat berjaya menjadi peranan utama dalam filem ini.
Ads
Bayangkan macam mana anak gajah terbang, comel kan? Hiks!
Watak Milly dan Joe juga menjadi tunjang utama kerana hanya mereka yang mempercayai kemampuan dan memberi semangat untuk Dumbo meneruskan setiap persembahannya di sarkas itu.
Nilai kasih sayang
Pada permulaan filem saja penonton dah dapat merasakan kasih sayang di antara ibu dan anak (Jumbo & Dumbo) bila mana selepas saja melahirkan, mereka terpaksa berpisah kerana Jumbo telah dijual kembali kepada pemilik asalnya.
Ads
Kisah mereka berdua berjaya menyentuh hati kami dan dengan tidak sedar, air mata bergenang melihat kasih sayang dua beranak haiwan tersebut. Ahh, penulis pun jiwa fragile, senang sangat touching. Hehe!
Selain itu, keluarga Holt juga banyak membantu untuk menyatukan Jumbo dan Dumbo semula. Kita boleh rasa keakraban dan sayang mereka terhadap haiwan belaan itu juga.
Nah, tak mahu cerita panjang la. Apa kata korang saksikan sendiri filem Dumbo yang akan mula ditayangkan di pawagam esok.
Enjoy!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan. Justeru itu, remaja berusia 18 tahun ke bawah dikatakan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif ini akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Jelas beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang. “Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Walau bagaimanapun, susulan berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, Khairy menjelaskan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Apa-apa pun kita doakan agar inisiatif yang dilakukan ini berjalan lancar dan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan agar pelajar lebih rasa selamat untuk pulang semula ke sekolah.
Selepas beberapa bulan ibadah umrah dan haji dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, Arab Saudi akhirnya membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober 2020.
Menurut Saudi Press Agency, bagi peringkat pertama sebanyak 6,000 orang rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan umrah setiap hari bermula 4 Oktober. Untuk pengunjung dari luar negara pula, ia dibenarkan mulai 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menegaskan bahawa keputusan membenarkan pelaksanaan umrah adalah sebagai maklum balas terhadap ‘aspirasi umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia’ untuk mengerjakan ibadah itu dan menziarahi tempat suci tersebut.
Kota suci yang menarik kunjungan jutaan umat Islam setiap tahun itu juga adalah sumber ekonomi utamanya dan menerusi Wawasan 2030 Putera Mahkota Mohammed Salman, beliau berharap dapat mentransformasi ekonomi negara tersebut daripada kebergantungan ekonomi terhadap eksport minyak utama dunia kepada sumber lain, termasuk pelancongan agama.
Kerajaan Saudi berharap dapat menerima kunjungan 30 juta Jemaah ke negara itu setiap tahun menjelang 2030.
Walau bagaimanapun, diharap pengawasan ketat diberikan sebelum membenarkan kemasukan pelancong dari luar negara untuk menunaikan umrah.
Hm, bagi rakyat Malaysia pula kita tunggu kerajaan membuka pintu sempadan dulu ya, insyaAllah selepas ini kita juga berpeluang menunaikan umrah semula.
Sama-sama kita doakan agar penularan wabak COVID-19 ini tamat secepat mungkin.
Taman tema merupakan tempat rekreasi yang menjadi pilihan seisi keluarga untuk datang berlibur. Namun, ia juga kadangkala boleh bertukar menjadi tempat yang paling ‘menyeramkan’ sekiranya berlaku kemalangan.
Sudah banyak kes yang kita lihat berlaku di taman tema dek kerana kecuaian pihak pengurusan menyelenggara permainan mereka dengan baik. Terbaharu, seramai 15 pengunjung sebuah taman tema di negara jiran dilaporkan cedera selepas sebahagian tiub gelongsor air pecah ketika orang ramai sedang leka bermain permainan tersebut.
Menurut Kompas.com, lapan dilaporkan parah dalam kejadian yang berlaku di Kenjeran Park, Surabaya Indonesia. Permainan gelongsor air itu berketinggian 10 meter dan merupakan antara tarikan utama di taman tema itu.
Laporan awal menunjukkan sambungan tiub gelongsor sebelum itu dikatakan bocor tetapi pengunjung tetap bermain sehingga melebihi had tanpa menghiraukan keselamatan diri. Akhirnya, tiub gelongsor itu pecah dan ketika kejadian terdapat kira-kira 15 orang pengunjung yang sedang bermain.
Fuh, seram kan?
Video kejadian itu juga turut tersebar di media sosial dan ramai warganet yang mempertikaikan bagaimana orang ramai boleh menaiki gelongsor tersebut sedangkan ia dikawal oleh petugas taman tema.
Seramai tujuh pengunjung telah dikejarkan ke Hospital Soewandhi akibat cedera ringan, manakala lapan lagi dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo gara-gara kecederaan parah.
Pihak berkuasa juga telah mengarahkan agar semua kemudahan awam dan taman permainan di taman tema itu diperiksa supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku lagi.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan terjamin sebelum menaiki apa-apa permainan di taman tema.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...