Nampaknya tragedi gempa dan tsunami yang menimpa Sulawesi Tengah Jumaat lalu yang menyaksikan mengakibatkan Kota Palu dan Doggala musnah teruk meraih simpati masyarakat dan dunia. Akhbar-akhbar di Indonesia juga setiap hari memberikan laporan termasuk cerita eksklusif.
Terkini, akhbar Kompas.com melaporkan seorang lelaki berkongsi detik cemas bila mana dia menyaksikan lebih 700 orang dari sebuah wilayah keluhuran Petabo, Kecamatan Palu Selatan, Kota Palu Sulawesi ditelan bumi ketika lumpur besar menggulung kampung tersebut.
Menurut saksi kejadian, Amir, 35 tahun yang masih kehilangan anak dan neneknya dalam tragedi gempa dan tsunami dahsyat itu, memaklumkan petang kejadian, dia melihat jalan mula terbelah dua seolah-olah seperti gelombang laut, bergulung-gulung. Ketika itu bunyi gempa mula mengguruh dengan sangat kuat.
Dia yang baru pulang dari kerja ketika itu, dapat menyaksikan jalan raya mula melipat-lipat berhampiran pondok belajar ugama yang berdekatan dengan rumahnya.
“Gemuruh dan goncangannya seperti dunia ini hampir kiamat,” katanya kepada pemberita.
Apa yang terlintas di hati sang ayah ini, dia berlari selaju yang mungkin untuk mencari anak pertamanya. Dia dapat melihat mentua dan anaknya itu sedang membeli lauk untuk makan malam. Dan dia berusaha membawa mereka lari sejauh mungkin.
Namun detik cemas lelaki ini bermula apabila dari jalan raya yang merekah itu, dia melihat muncul lumpur dari dalam perut bumi.
Perlahan-lahan, rumah-rumah di desa Petobo roboh satu persatu dan mulai tenggelam selepas digulung lumpur yang keluar dari perut bumi.
“Makin lama makin banyak lumpur yang keluar dan mula membuat putaran bumi. Saya melihat seorang ibu menggendong anak kecil mulai tenggelam di dalam rekahan tersebut. Kami berusaha menolongnya dengan menggali lumpur itu,”kata Amir dalam mata berkaca-kaca.
“Ketika itu hanya kelihatan rambutnya sahaja sementara tubuhnya sudah ditelan bumi. Saya menarik rambutnya sekuat hati dan berjaya tapi sayang, anak yang dikendongnya tenggelam dalam lumpur,” katanya yang hanya mampu mengingati peristiwa sedih dan menyayat hati itu hanya untuk sekitar itu sahaja.
Ini kerana masa yang dia harus menyelamatkan dirinya sendiri. Katanya, muntahan lumpur yang keluar dari perut bumi itu seolah-olah tekanannya dari dalam sangat kuat. Muntahannya membentuk seperti bukit besar dan menenggelamkan sebahagian wilayah Petobo.
Tak ada data yang jelas berapa banyak korban lumpur ini tetapi kawasan perkampungan ini memang padat dengan penduduk. Akhbar lain melaporkan lebih 700 penduduk kampung ini ditelan bumi di mana tapak rumah juga tidak dijumpai sehingga kini. Kalau ada pun kelihatan sisa-sisa bangunan yang agak sedikit menunjukkan gulungan lumpur itu membentuk seperti kawah gunung berapi biarpun kejadian itu hanya berlaku dalam tempoh tidak lama.
Dalam suasana gelap, dia berusaha mencari di mana anak dan isterinya. Dan syukur, Allah mempertemukannya dengan isteri dan anak keduanya yang kini duduk di khemah perlindungan.
Sorang lagi saksi terselamat, Mahmud berkata, dia tidak tahu berapa yang terkorban tetapi terdapat ratusan rumah di sini. Desa Petobo ini seolah-olah hilang ditelan perut bumi. Kejadian ini terlalu dahsyat, ia seolah-olah berlaku kiamat ketika itu.
Setakat hari ini, lebih dari 200 mayat dijumpai menjadikan jumlah keseluruhan ditemui 1234 orang ditemui setakat 1 tengahari tadi.
Kisah gempa dan tsunami di Sulawesi Tengah ini seharusnya dijadikan panduan untuk kita di bumi Malaysia ini. Andai Allah mengkehendakinya, ia akan terjadi dan sentiasalah memperbaiki iman agar kita tidak menjadi orang yang rugi di akhirat kelak.
Sumber : KOMPAS.COM