Nama ‘Bunga’ Jadi Pilihan, Elisya Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Share

 

Pada usia 23 tahun, pelakon Elisya Sandha selamat bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan pada jam 8.40 pagi, hari ini.

Elisya melahirkan bayi sulungnya bersama suami, Uzair Haqimy di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan berita baik iitu telahpun disampaikan oleh ibu mertuanya, Sheila Rusly menerusi satu hantaran Instagram.

Sambil memegang tangan cucu pertamanya, Sheila menulis, “Sentiasa bersyukur dan Alhamdulillah.”

Biarpun baik Elisya mahupun Uzair belum lagi mengumumkan nama bayi atau berkongsi foto bayi mereka secara rasmi, nampaknya kakak kepada Elisya iaitu pelakon, Fasha Sandha terlebih dahulu telah memberi ‘hint’ kepada namanya.

ARTIKEL BERKAITAN : 13 Adik Beradik Selebriti Popular Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Korang? – REMAJA

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya Elisya. Syukur, Allahuakbar cantiknya baby Bunga El Haq. Selamat datang ke dunia sayang ibu.

“Cantik dan sihat baby Bunga. Selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu,” katanya.

Terdahulu, Elisya dan Uzair telah mengikat tali perkahwinan pada Ogos 2021 setelah saling berkenalan selama lima tahun.

BACA LAGI : 21.08.21 Jadi Tarikh Istimewa Elisya Sandha – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ