Bakat penyanyi Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi berbekalkan vokal yang mantap.
Lebih-lebih lagi apabila namanya kian meningkat naik dan mencuri perhatian industri muzik setelah dinobatkan sebagai juara program Vokal Mania bagi kategori rookie, baru-baru ini.
Menariknya tentang Aisha, dia sering memulakan karier dengan hanya menyanyikan lagu bercorak cover di laman YouTube-nya -sesuatu yang amat normal bagi generasi pemuzik di seluruh dunia sekarang.
View this post on Instagram
Kini, Aisha tampil mempertaruhkan single berjudul Cinta Denganmu.
REMAJA difahamkan, lagu ini berkisar tentang percintaan yang tidak terlepas daripada kesedihan apabila hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan. Macam familiar je..
Cinta Denganmu boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.
Sebelum ini, Aisha pernah menghasilkan beberapa lagu termasuklah Terima Kasih iaitu duet bersama Yuka Kharisma dan Mengikat Jiwa yang berjaya membuka mata peminat.
Meski semakin meraih pengikut di media sosial, Aisha tetap memuat naik nyanyian cover lagu artis lain di Instagram.
View this post on Instagram
REMAJA tertarik dengan kondisi wajah gadis berusia 20 tahun ini, agak-agaknya apa rahsia penjagaan kulit wajah Aisha?
Tidak lokek berkongsi tip, gadis kacukan Malaysia-Indonesia ini memberi tahu dia mempraktikkan pemakaian makeup remover walaupun tidak bersolek! Katanya, walaupun kita hanya berada di rumah terutamanya pada musim PKP ini, masih ada kotoran yang mungkin menutup liang pori pada wajah kita.
Aisah juga kongsikan rutinanya pada setiap pagi. Biasanya, dia akan mengurut muka terutamanya pada bahagian rahang pipi dengan menolak ke atas untuk menegangkan kulit wajah secara semualajadi. Yang ini merupakan petua dari ibu Aisha sendiri tau!
So lepas ni, korang bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Aisha Retno.