Makan

Nama Lain Bagi Daging Khinzir, Makanan Yang Bawa Maksud Sama Di Pasaran!

Share

Sebelum membeli atau memilih tempat makan, umat Islam diwajibkan untuk mengetahui sama ada status makanan tersebut adalah halal atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Nak Tahu Produk Makanan Korea Di Pasar Raya Bukan Dari Daging Khinzir

Salah satu firman Allah di dalam Al-Quran ialah “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah,” (QS. Al Maa’idah:3).

Mungkin restoran atau pasar raya tidak hanya menggunakan istilah ‘daging babi’ di bungkusan mereka kerana terdapat nama-nama lain yang turut digunakan.

Berikut kami senaraikan antara nama lain bagi daging khinzir yang perlu korang ambil tahu untuk dijadikan panduan sebelum membeli atau memilih tempat makan.

1. Pork

Foto: Food & Wine Magazine

Pork adalah istilah yang paling kerap digunakan dan mudah untuk kita cari di restoran-restoran Malaysia.

2. Bak kut teh

Foto: Culture Trip

Bak kut teh bermaksud tulang babi. Bak merujuk kepada daging babi di dalam tulisan Cina. Dalam versi halal, walaupun bak kut teh ini hanya rempah sahaja, tetapi kalau dah tertulis bak kut the, ia tidak halal dimakan oleh umat Islam.

3. Bacon

Foto: Healthline

Bacon adalah hirisan daging babi yang disalai. Biasanya, ia dihidangkan bersama sandwich dan kerana itu jika korang ke luar negara, hati-hati memilih makanan walaupun hanya sandwich.

4. Swine

Foto: Bloomberg

Swine adalah isitlah lain yang dipanggil untuk menggantikan perkataan babi. Ia membawa maksud yang sama dengan hog atua pig. Dagingnya yang dimakan barulah dipanggil sebagai pork.

5. Char Siu

Foto: Hot Thai Kitchen

Asal perkataan daripada bahasa Cina yang merujuk kepada daging babi panggang yang dibuat secara BBQ. Biasanya char siu ini akan berwarna kemerah-merahan atau merah muda.

6. Cu Nyuk

Foto: Resep Caca

Hidangan makanan Cina ini banyak terdapat di negara Indonesia dan biasanya dihidangkan bersama bubur. Ramai juga masyarakat Islam di Indonesia yang masih keliru dengan masakan ini.

7. Yakibuta

Foto: Asia 361

Individu yang minat makanan Jepun kena berhati-hati kerana ia biasanya dihidangkan bersama ramen. Yakibuta adalah potongan daging khinzir dalam istilah bahasa Jepun.

8. Dwaeji

Foto: Korean Kitchen

Dwaeji pula adalah isitlah dahging khinzir dalam bahasa Korea. Ia biasanya dihidangkan dalam menu seperti bulgogi atau galbi. Jadi sebelum makan di restoran Korea, semak dahulu status restoran itu halal atau tidak.

9. Tonkatsu

Foto: Glebe Kitchen

Juga berasal daripada perkataan Jepun yang bermaksud tulang babi. Biasanya akan dijadikan kuah ramen yang diperbuat daripada campuran lemak atau tulang babi.

10. Ham

Foto: The Spruce Eats

Ham ialah daging khinzir daripada bahagian potongan kaki yang telah diawet atau pun disalai. Biasanya, ia dihidangkan dalam bentuk hirisan yang dimakan bersama sandwich.

Semoga informasi ini memberi manfaat untuk korang jadikan panduan bagi memastikan sama ada makanan yang ingin dibeli itu mempunyai kandungan babi atau tidak terutama sekali apabila anda ada di luar negara!

Sumber: (1), (2)

BACA LAGI : Jangan Terbeli Berus Mekap Bulu Binatang Termasuk Khinzir, Ini Tip Bezakan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana