Nama Makcik Kiah Terus Trending Di Twitter, Ada Bertanya Ada Anak Bujang Tak?

Share

Gara-gara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut contoh Makcik Kiah ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi sebentar tadi, nama makcik Kiah terus trending di Twitter.

Ada bertanya Siapa Makcik Kiah, Adakah Makcik Kiah mempunyai anak lelaki, Makcik Kiah shoping di mana seolah-olah rakyat terhibur mendengar nama ini disebut sebagai contoh bagaimana pengiraan seseorang individu di bawah B40 menerima manfaat di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin ini yang membabitkan jumlah RM250 bilion. Malah mereka yang mempunyai restoran atas nama itu juga di post di media sosial, seolah membawa rezeki buat golongan mereka yang membuka restoran atas nama ini.

Tweet lucu bertanya adakah Makcik Kiah ada anak lelaki bujang, hahaha

Ternyata rakyat Malaysia sangat kreatif dan lucu kerana banyak masa di rumah. Ditambah data percuma bulan depan, pastinya rakyat akan menghabiskan lebih banyak masa untuk melayari internet mendapatkan maklumat tepat mengenai isu COVID-19 ini.

Bacalah teks penuh ucapan PM mengenai Makcik Kiah sekaligus trending di twitter sekaligus sesiapa individu yang bernama Makcik Kiah ini menerima tempiasnya. Tq PM kerana prihatin dengan masalah rakyat di sebalik keresahan wabak COVID-19 ini.

Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 dan bantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir.

Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM8,664.

Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Published by
Almaswa Haji Che Ros