KELIRU : Kenapa PMO Arah Guna ‘Mahiaddin’, Bukan ‘Muhyiddin’ Dalam Urusan Rasmi?

Share

Sebelum ini ramai yang keliru dengan nama Perdana Menteri kita adakah Muhyiddin atau Mahiaddin.

Namun baru-baru ini tular satu edaran atau memo mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, Mahiaddin Bin Md Yassin atau Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin.

Hal ini kerana, bagi yang tidak mengetahui, nama rasmi Perdana Menteri kita bukanlah Muhyiddin Yassin tetapi ‘Mahiaddin’.

Surat dan Dokumen Rasmi

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan “Mahiaddin Bin Md Yassin” atau “Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin”.

Difahamkan, arahan tersebut dikeluarkan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara. Antara faktornya adalah kerana pada bulan April, Mahkamah membebaskan seorang lelaki setelah memutuskan bahawa perintah penahanan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri itu tidak sah, kerana itu bukanlah nama sebenarnya seperti yang tertera pada MyKad dan Warta Kerajaan Persekutuan.

Namun, untuk media dan orang ramai masih boleh menggunakan Muhyiddin. Tidak ada perubahan pada skor itu, ”kata sumber.


–fotoBERNAMA (2020)

Untuk info, Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan Malaysia dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 March 2020.

Sumber : FMT

Published by
Nana