Seperti yang diketahui ramai, dunia hiburan di Korea Selatan memang terkenal dengan ramai selebriti yang mempunyai rupa kacak dan aura memukau.
Namun, ada tak antara pembaca yang tahu bahawa sebenarnya ada beberapa orang daripada selebriti itu hanya menggunakan nama panggung? Fenomena ini agak kerap berlaku di mana-mana utamanya dalam industri nyanyian tetapi ia juga berlaku dalam dunia lakonan.
Alasan disebalik penggunaan nama panggung ini juga beragam, ada yang disebabkan nama asli mereka yang dianggap terlalu ‘awam’ dan juga mahu membina imej tersendiri.
Ada beberapa pelakon ini bahkan telah mendaftarkan nama panggung sebagai nama kedua mereka sekiranya ia mempunyai maksud istimewa atau mencerminkan aspirasi dalam kerjaya. Nak tahu siapa pelakon ini? Jom tengok senarai yang kami nak ‘roger’ ni!
PARK SEO JOON
Mungkin selama ini, masih ada yang tidak tahu bahawa Seo Joon menggunakan nama ‘Park Seo Joon itu sebagai nama pentas. Dilahirkan dengan nama asli Park Yong Kyu, pelakon yang kini berusia 36 tahun ini terkenal dengan watak-watak yang kuat dan berkarisma. Menerusi drama popular She Was Pretty, What’s Wrong With Secretary Kim, Itaewon Class dan Gyeongseong Creature adalah bukti dirinya mampu membawa pelbagai karakter!
Ads
KIM WOO BIN
Kim Woo Bin pada awalnya memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan nama sebenar kekasih kepada pelakon cantik, Shin Min Ah ini adalah Kim Hyun Joong. Lengkap dengan visual menawan dan tinggi badan yang menarik, membuatkan Woo Bin mudah dikenali. Selepas menempa kejayaan sebagai seorang model, pelakon Officer Black Belt ini juga berhasil menunjukkan kemampuannya sebagai seorang pelakon hebat menerusi pelbagai drama dan filem!
HYUN BIN
Sudah lama menapak dalam industri lakonan menjadikan Hyun Bin sebagai salah seorang pelakon yang mempunyai pengaruh besar! Sering memukau penonton dengan pesonanya yang gentleman dan elegan, nama asli suami kepada pelakon popular, Son Ye Jin ini adalah Kim Tae Pyung. Memang lain betul ya…
Ads
CHA EUN WOO
Merupakan salah seorang anggota grup K-Pop iaitu ASTRO, Cha Eun Woo juga berjaya meraih populariti sebagai seorang pelakon. Terkenal dengan rupa visual paling kacak, Cha Eun Woo juga disebut sebagai face genius! Mula menunjukkan bakat lakonan menerusi drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo lahir dengan nama asli Lee Dong Min.
D.O
Bukan sahaja terkenal sebagai vokalis hebat dari grup sensasi EXO, D.O dengan nama asli Do Kyung Soo ini juga dikenali sebagai pelakon yang sangat berbakat sehingga mampu membintangi beberapa drama dan filem seperti Along with the Gods: The Two Worlds, My Annoying Brother, 100 Days My Price, Room No.7 dan banyak lagi. Sudahlah mempunyai suara yang merdu, kemampuan D.O dalam lakonan juga membuatkan lebih ramai peminat semakin sayang padanya.
Ads
LEE DO HYUN
Pelakon yang kini sedang aktif menjalankan latihan ketenteraan, Lee Do Hyun sebelum ini dikenal dengan nama Lim Do Hyun. Merupakan salah seorang bintang terkenal dengan kejayaannya membawakan watak secara natural serta mempesona menerusi drama terkenal Hotel Del Luna, Sweet Home, The Glory dan Exhuma, menjadikan Do Hyun sebagai pelakon baru yang sering ditunggu-tunggu!
Nah! jadi apa pendapat anda sebagai peminat? Mungkin betul jika nama sebenar mereka itu terlalu ‘awam’ dan kurang menonjolkan aura pelakon. Sebaliknya, nama panggung yang digunakan para pelakon kacak ini lebih sesuai dan kena dengan aura mereka kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahap tekanan perasaan ini boleh dibahagikan kepada rendah dan tinggi. Mereka yang menghadapi low function depression kebiasaannya boleh kita lihat secara jelas yang mereka terkesan dek tekanan perasaan.
Namun berbeza dengan mereka yang terkesan dek high function depression, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri menghadapi tekanan persaan namun sebenarnya sedikit-demi sedikit simptom tersebut mampu memakan diri.
Menurut laporan Public Health Malaysia, bukan mudah untuk seseorang individu melalui tekanan jenis ini kerana mereka masih mampu bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun itu tidak bermakna mereka tidak menderita.
Kebiasaanya mereka masih mampu tersenyum dan berjenaka bersama teman namun itu sebenarnya adalah topeng kerana mereka sukar berkongsi rasa sedih dan murung.
Mereka juga mengalami imposter syndrome yang mana bagi mereka apa kejayaan yang dicapai tidak pernah cukup biarpun dimata orang lain mereka sudah mencapai sesuatu kejayaan yang membanggakan. Sikap rasa tidak layak dan selalu rasa tidak cukup bagus antara ciri-ciri imposter syndrome.
Antara ciri mereka yang menghidapi high function depression lagi adalah sikap bekerja tanpa henti. Sebenarnya sikap ini seolah-olah mahu melupakan penderitaan dengan sentiasa membuat diri mereka sibuk. Hakikat sebenar, individu tersebut sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Selain itu, orang yang menghidapi masalah ini selalunya nampak tenang walaupun dalam situasi yang sibuk, sebenarnya ini adalah indikasi yang mereka sudah lali, mematikan perasaan dan tiada emosi.
Jadi pesanan penulis untuk anda yang mengalami situasi seperti ini anda boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dan segera dapatkan bantuan. Kerana lama-kelamaan tekanan perasaan ini jika sudah sampai ke kemuncak akan memberi kesan yang tidak baik untuk diri.
***P/S – Guys, bila ada rakan-rakan yang mengalami masalah ini, jangan pernah cakap kepada mereka tentang soal ingat tuhan, solat dan berdoa kepada tuhan. Masalah tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan cara begitu. Dan jangan ingat orang yang hadapi tekanan perasaan ini tidak solat dan tidak ingat tuhan. Ini adalah masalah di dalam diri dan minda mereka.
Sumber: Public Health Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik nama Alif Satar bukan asing di persada seni tanah air. Terkenal dengan sikap romantik terhadap isteri dan anak-anaknya. Malah, pernah saja Alif mendapat gelaran lelaki paling gentleman dan juga disenangi ramai orang kerana sikapnya terhadap orang ramai.
Terbaru, Alif sekali lagi menjadi perhatian apabila tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon dan penyanyi Alif Satar dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dengannya.
Apa yang menjadi perhatian, Alif dilihat berbual mesra dengan peminatnya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat.
Malah, pengguna TikTok yang memuat naik sebuah video berdurasi 00:42 saat itu memaparkan tindakan Alif Satar melayan peminat yang ingin bergambar dengannya di hadapan sebuah lif.
Lebih menarik, peminatnya itu merupakan seorang pekerja di bangunan tersebut dan dipercayai orang kelainan upaya (OKU) percakapan (bisu).
Tidak kekok melayan peminatnya itu, Alif sebaliknya berkomunikasi dengan pekerja tersebut menggunakan bahasa isyarat. Malah, boleh dikatakan begitu lancar dan fasih!
Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan dan dia juga fasih menggunakan bahasa isyarat!
Tambah pemilik akaun tersebut yang dikatakan rakan kepada Alif Satar itu, dia juga tidak menyangka bahawa pengacara Big Stage tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik.
Difahamkan, Alif boleh menggunakan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan bekas guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak OKU pendengaran dan percakapan.
Pujian Warganet
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji dan ada juga peminat mengatakan sikap positif dan keperibadian Alif itu patut dicontohi oleh netizen di luar sana. Di bahagian komen, netizen menggelarkan Alif sebagai seorang ‘influencer’ yang serba boleh dan juga versatil kerana mempunyai pelbagai bakat selain ‘bersih’ dari sebarang kontroversi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada mulanya, mereka telahpun berkobar untuk mendaftar pembelian Myvi 2018 baharu ini.
Namun, langkah hendak membeli di kalangan 3,000 pelanggan Perodua itu tak lagi dapat diteruskan apabila Perodua berdepan dengan gangguan bekalan di salah satu vendornya.
Terang Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. iaitu Datuk Dr Zaharu Husin, “Kami memohon maaf kerana kami tahu ramai yang tak sabar menantikan kereta baharu mereka pada tahun ini, khususnya Myvi 2018.”
Apa yang boleh diusahakan oleh Perodua buat masa ini adalah untuk cuba sebaik mungkin mempercepatkan proses penyerahan kereta kepada 3,000 pelanggan mereka berbanding tarikh asal iaitu sebelum 1 September ini.
Hhm, tapi ada juga yang berfikiran ‘nakal’ apabila isu ini timbul.
Ada yang berkata, ia ‘dihentikan’ seketika kerana harga kereta sekarang tidak stabil demikian perubahan sistem cukai GST kepada SST. Banyak jenama kereta terutamanya yang berasal dari luar negara telah mengehadkan jumlah kereta yang dijual selepas kerajaan Pakatan Harapan mengubah sistem cukai kepada 0% kadar GST.
Apa-apa pun, korang boleh berhubung dengan penasihat jualan terdekat atau hubungi talian hotline Perodua di 1800 88 6600.
Kami di REMAJA pun berharap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin.
Kalau tak, tak dapatlah kami nak test drive kereta baru boss nanti. Eh!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...