Seperti yang diketahui ramai, dunia hiburan di Korea Selatan memang terkenal dengan ramai selebriti yang mempunyai rupa kacak dan aura memukau.
Namun, ada tak antara pembaca yang tahu bahawa sebenarnya ada beberapa orang daripada selebriti itu hanya menggunakan nama panggung? Fenomena ini agak kerap berlaku di mana-mana utamanya dalam industri nyanyian tetapi ia juga berlaku dalam dunia lakonan.
Alasan disebalik penggunaan nama panggung ini juga beragam, ada yang disebabkan nama asli mereka yang dianggap terlalu ‘awam’ dan juga mahu membina imej tersendiri.
Ada beberapa pelakon ini bahkan telah mendaftarkan nama panggung sebagai nama kedua mereka sekiranya ia mempunyai maksud istimewa atau mencerminkan aspirasi dalam kerjaya. Nak tahu siapa pelakon ini? Jom tengok senarai yang kami nak ‘roger’ ni!
Mungkin selama ini, masih ada yang tidak tahu bahawa Seo Joon menggunakan nama ‘Park Seo Joon itu sebagai nama pentas. Dilahirkan dengan nama asli Park Yong Kyu, pelakon yang kini berusia 36 tahun ini terkenal dengan watak-watak yang kuat dan berkarisma. Menerusi drama popular She Was Pretty, What’s Wrong With Secretary Kim, Itaewon Class dan Gyeongseong Creature adalah bukti dirinya mampu membawa pelbagai karakter!
Kim Woo Bin pada awalnya memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan nama sebenar kekasih kepada pelakon cantik, Shin Min Ah ini adalah Kim Hyun Joong. Lengkap dengan visual menawan dan tinggi badan yang menarik, membuatkan Woo Bin mudah dikenali. Selepas menempa kejayaan sebagai seorang model, pelakon Officer Black Belt ini juga berhasil menunjukkan kemampuannya sebagai seorang pelakon hebat menerusi pelbagai drama dan filem!
Sudah lama menapak dalam industri lakonan menjadikan Hyun Bin sebagai salah seorang pelakon yang mempunyai pengaruh besar! Sering memukau penonton dengan pesonanya yang
gentleman dan elegan, nama asli suami kepada pelakon popular, Son Ye Jin ini adalah Kim Tae Pyung. Memang lain betul ya…Merupakan salah seorang anggota grup K-Pop iaitu ASTRO, Cha Eun Woo juga berjaya meraih populariti sebagai seorang pelakon. Terkenal dengan rupa visual paling kacak, Cha Eun Woo juga disebut sebagai face genius! Mula menunjukkan bakat lakonan menerusi drama My ID is Gangnam Beauty, Cha Eun Woo lahir dengan nama asli Lee Dong Min.
Bukan sahaja terkenal sebagai vokalis hebat dari grup sensasi EXO, D.O dengan nama asli Do Kyung Soo ini juga dikenali sebagai pelakon yang sangat berbakat sehingga mampu membintangi beberapa drama dan filem seperti Along with the Gods: The Two Worlds, My Annoying Brother, 100 Days My Price, Room No.7 dan banyak lagi. Sudahlah mempunyai suara yang merdu, kemampuan D.O dalam lakonan juga membuatkan lebih ramai peminat semakin sayang padanya.
Pelakon yang kini sedang aktif menjalankan latihan ketenteraan, Lee Do Hyun sebelum ini dikenal dengan nama
Lim Do Hyun. Merupakan salah seorang bintang terkenal dengan kejayaannya membawakan watak secara natural serta mempesona menerusi drama terkenal Hotel Del Luna, Sweet Home, The Glory dan Exhuma, menjadikan Do Hyun sebagai pelakon baru yang sering ditunggu-tunggu!Nah! jadi apa pendapat anda sebagai peminat? Mungkin betul jika nama sebenar mereka itu terlalu ‘awam’ dan kurang menonjolkan aura pelakon. Sebaliknya, nama panggung yang digunakan para pelakon kacak ini lebih sesuai dan kena dengan aura mereka kan…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.