Waode atau Waode Heni Andraini penyanyi dari seberang yang kini mula mencipta nama di Malaysia menerusi program realiti popular, Big Stage musim 5.
Menyedari nama baiknya mula menjadi sebutan selepas mendendangkan lagu Sial yang dipopularkan Mahalini pada minggu pertama, Waode menitipkan rasa syukur dan sempat memberikan penghargaan buat peminat baharu di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot Twist’ Big Stage 5 Minggu 2: Isaac Voo Tersingkir, Juri Gunakan Imuniti-X, Nadeera Zaini Pula Ungguli Tangga Pertama!
“Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat maklum balas yang baik dari peminat Malaysia. Saya diterima baik oleh peminat Malaysia sejak minggu pertama hari itu. Terima kasih sangat.
“Saya sebenarnya tidak sangka, mereka sanggup datang ke dewan ini dan buat banner untuk saya, malah ada yang undi saya. Tetapi ini jadi cabaran juga buat saya kerana perlu beri yang terbaik pada minggu seterusnya,” tuturnya kepada Remaja.
Selain itu, pertama kali menyertai program realiti nyanyian di Malaysia, gadis itu mengakui perbezaan bahasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui olehnya sepanjang menyertai rancangan nyanyian ini.
“Saya suka dengan namanya cabaran, saya selalu tertanya macam mana rasanya kalau bertanding di luar negara. Kalau di Indonesia saya sudah pernah serta sudah tahu bagaimana rasanya.
“Walaupun Malaysia dan Indonesia dekat tetatpi bagi saya ia satu cabaran baharu untuk saya belajar. Mungkin di Indonesia peminat faham apa yang ucapkan tapi di Malaysia berbeza saya perlu faham apa yang dikatakan. Sebabnya bahasa kita berbeza.
“Peserta pun bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Korea Selatan dan Singapura. Jadi itu sesuatu yang baharu dan saya suka menerima cabaran baharu,” katanya.
Bercakap pula mengenai peserta pada musim ini, Waode mengakui ada beberapa peserta yang menjadi persaing hebat buat dirinya. Katanya, setiap peserta ada bakat tersendiri yang membuatkan dia ingin memberikan yang terbaik setiap minggu.
“Semuanya ada bakat yang berbeza, boleh menari… ada suara bernada tinggi, rock dan sedap didengar.
“Banyak karakter tapi saya tercabar dengan Oppa Hoondoo tapi kalau dari Malaysia ada beberapa macam Nadeera, Putera Muhammad dan kumpulan Coex. Tetapi saya berkawan dengan mereka” jelasnya.
Menerusi minggu kedua, Waode telah menduduki tangga kedua tertinggi iaitu sebanyak 84%. Nadeera Zaini pula berjaya mengungguli tangga pertama dengan mendapat markah sebanyak 85.67%.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Waode
Menerusi minggu kedua, Waode telah menduduki tangga kedua tertinggi iaitu sebanyak 84%. Nadeera Zaini pula berjaya mengungguli tangga pertama dengan mengutip markah sebanyak 85.67%.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Waode Heni Andraini