Tiada angin, tiada ribut. Secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.
Dengan jelas, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama itu memaparkan beberapa babak panas yang menyebabkan warganet merasa terkejut.
Tidak kurang juga ada yang keliru mengapa babak tersebut dibenarkan untuk dilakonkan; apatah lagi ditayangkan untuk tontonan khalayak.
Dalam klip yang kini sudah mencatatkan 393,000 tontonan dan 6,3999 komen, Zul Ariffin tampil bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.
Lakonan mereka membuatkan warganet merasa tidak selesa terutamanya ketika Zul menggendong Hariesa yang menyarungkan persalinan alauniform pembantu rumah.
Tidak cukup dengan itu, Zul juga melakonkan babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.
Ads
Biarpun ada yang mempertahankan di ruangan komen dengan berkata watak wanita itu telah dilakonkan oleh seorang lelaki ketika penggambaran babak panas terbabit, ramai masih merasakan babak sebegitu rupa hanya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menontonnya.
*
Bukan hanya Zul yang menjadi mangsa kecaman, malah nama Siti Hariesa juga terpalit dalam ruangan komen.
Ads
“Masa berlakon dua dua tak rasa pape ke. Takde rasa bersalah ke adoi lahai.”
“Serius la malaysia buat cerita macam ni?”
“Payah ibu bapa sekarang nak didik anak..sana sini pengaruh.”
Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.
Ads
Terdahulu, drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Mimi Lana pernah menjadi bualan ramai setelah salah satu watak dalam drama itu ditawarkan kepada usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitri pada tahun ini nyata akan bertambah berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.
Terbaru, umat Islam di Pulau Pinang terpaksa akur dengan larangan melakukan sebarang aktiviti menziarahi tanah perkuburan semasa cuti Aidifitri kelak. Jelas, ini merupakan satu lagi usaha pihak berkuasa untuk mengelak penularan wabak Covid-19.
Tidak mustahil, larangan yang seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini turut akan dikenakan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat ini sebelum Aidilfitri menjelang.
Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman mengenai larangan oleh kerajaan negeri itu, beliau meminta umat Islam di sama bersabar dan berharap semua orang memahami hukum sunat yang dikenakan ke atas amalan menziarahi kubur.
“Saya nasihatkan semua orang patuh pada larangan demi mengelak diri daripada ditimpa musibah. Hukumnya pun bukan wajib, ia hanya tradisi yang diamalkan di Malaysia. Jadi umat Islam disarankan untuk menunda tradisi menziarahi tanah perkuburan buat sementara waktu.”
Ini merupakan larangan terbaru ke atas tradisi Ramadan dan Syawal di Malaysia.
Ia setelah umat Islam di seluruh negara dilarang untuk menunaikan solat Jumaat melebihi kuota yang dipersetujui. Solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau juga dilarang.
Apa pendapat korang? Pelik tak apabila pagi Hari Raya tidak melibatkan kunjungan ke tanah perkuburan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penangan muzik K-Pop memang tidak boleh disangkal lagi apabila kali ini kumpulan anak muda dari Korea, BTS pula berjaya mencipta sejarah kerana lagu terbaru mereka berjudul Dynamite mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu Dynamite merupakan single Inggeris daripada kumpulan BTS yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 pada jam 1 petang waktu Korea, sekali gus dengan muzik video.
Pada 23 Ogos, YouTube mendedahkan muzik video Dynamite telah memperoleh sebanyak 101.1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, secara tidak langsung memecahkan rekod yang dipegang Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencapai 86.3 juta tontonan.
Kiraan tontonan rasmi YouTube sering kali berbeza dengan jumlah sebenar real time. Berdasarkan perkiraan rasmi YouTube, ternyata tontonan muzik video Dynamite mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tontonan 98.3 juta yang dilihat pada laman web dalam masa 24 jam.
Walaupun dilaporkan bahawa Dynamite mencatatkan tontonan tayangan perdana YouTube yang paling tinggi dalam sejarah, YouTube kini telah pun mengesahkan fakta ini dan mendedahkan bahawa muzik video ini mempunyai lebih daripada 3 juta penonton secara langsung dalam satu ketika. Rekod sebelumnya dipegang oleh video muzik How You Like That daripada Blacpink, yang mempunyai sebanyak 1.66 juta penonton serentak.
Normal lah bagi golongan selebriti, apabila mereka tampil dengan gaya fesyen baharu di media sosial; tentunya ia akan menuai pujian mahupun kritikan daripada warganet.
Dek kerana tidak biasa melihat mereka dengan penampilan terbaru itu, rata-rata warganet pasti mempunyai pendapat peribadi berkenaan gaya selebriti tersebut.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi dangdut muda Indonesia, Lesti Kejora pada minggu ini.
Jika dahulunya, peminat selesa melihat isteri Rizky Billar ini dengan gaya berhijab Lesti yang sederhana dan mematuhi syariah; lain pula gayanya semalam apabila dia bergambar di dalam sebuah kenderaan Stylovers.
Khabarnya, kenderaan jenis ‘sport’ itu bernilai tidak kurang daripada 2 juta Rupiah atau kira-kira RM574,000.
Tidak seperti kebiasaan dengan lilitan tudung jenis bawal, Lesti tampil bergaya dengan balutan shawl ke belakang dan lebihan fabrik hijabnya dilepaskan begitu sahaja. Difahamkan, Lesti kini sedang bercuti di kepulauan Bali bersama suaminya.
Menerusi hantaran yang sehingga kini telah mencatatkan lebih daripada 500,000 ‘likes’, Lesti mencacat status puji-pujian kepada Ilahi berbunyi, “MashaAllah, TabarakAllah.”
Tinjauan ke bahagian komentar mendapati warganet terkejut dengan gaya baharu Lesti itu.
“Makin kesini makin kemari jilbabnya. Mengapa Lesti Kejora suka sangat memakai jilbab gaya begini padahal tidak sesuai sekali dengan bentuk wajahnya. Sudah ibarat golongan ibu yang menjual pecel di pasar tau,” komen salah seorang daripada mereka.
“Saya cuma mahu beritahu dia makin cantik kalau pakai jilbab segi empat (tudung bawal).”
“Lehernya! Semoga Lesti Kejora mampu memperbaiki gaya jilbabnya.”
Komen-komen sedemikian tentunya hadir dengan niat untuk melihat Lesti tidak jauh tersasar daripada gaya pemakaian hijab mengikut syariah seperti dahulu kala. Lagipun, dia sememangnya kelihatan lebih manis dengan gaya yang dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...