Kemurungan adalah gangguan perasaan yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Malang tidak berbau buat seorang warga emas apabila kehilangan tempat berteduh selepas musnah dijilat api angkara cucu yang OKU.
Remaja lelaki kelainan upaya tersebut bertindak membakar kediaman neneknya selepas didakwa melihat bayangan arwah ibunya.
Menurut Astro Awani, Kebakaran berlaku di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam semalam dan ketika kejadian, remaja yang berusia 14 tahun itu bersendirian di rumah berkenaan manakala ayah dan neneknya berada di rumah saudara mereka.
Kata nenek tersebut, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan jiran sebelum bergegas ke rumah ibunya tidak jauh dari kediamannya.
Ads
“Dia kata nampak ibu dia, ibu dia dah meninggal, dia nampak ibu dia suruh bakar. Bakar dengan mancis, kertas. Lilin dia letak dalam kain, dia bakar,”
Juriah berkata dia memang tidak terkejut dengan kelakuan dan pengakuan itu kerana cucu saudaranya yang didakwa ada masalah mental itu pernah bertindak sedemikian sebelum ini.
“Dia memang ada masalah mental, emosi sebab dia buat depan mata saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima panggilan, seramai 19 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kebakaran itu telah menyebabkan rumah dari struktur kayu itu musnah 100 peratus.
“Ketika bomba sampai, kebakaran telah 100 peratus. Terdapat seorang mangsa iaitu remaja berusia 14 tahun berada di rumah ketika kejadian. Walau bagaimanapun dia telah keluar ke tempat selamat sebelum ketibaan pihak bomba,” kata Rozizah.
Ads
Beliau berkata pihak mengambil masa selama 10 minit bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan.
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Jadi disini kami kongsikan tiga ciri hiperaktif ini :
1. Hiperaktiviti
Jika diperhatikan, hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak atau remaja ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.
Ads
2. Tempoh tumpuan yang singkat
Kebanyakan kanak-kanak atau remaja hyperactive ini akan menunjukkan tanda seperti susah untuk memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah. Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.
3. Kurang sabar
Disebabkan penyakit hiperaktif ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat kemalangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ye, jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi kita. InsyaAllah!
Seperti yang dilalui oleh graduan daripada Universiti Malaya (UM), dikenali sebagai Madhi Budiman, perkongsiannya mengenai kejayaan meraih Anugerah Diraja UM walaupun dahulu keputusan SPM hanya 2A, membuatkan ramai terinspirasi.
Menerusi entri di laman Instagram, Madhi telah menceritakan serba sedikit perjalanan hidupnya bangkit semula daripada kegagalan.
Pernah mendapat 2A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan Madhi terasa sedikit down ketika itu dan terasa dunianya gelap. Namun, Madhi terus berusaha dan tekad untuk berjaya.
“Setiap daripada kita pasti akan diuji. Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh kedua ibu bapa dengan didikan, makan & pakai dalam keadaan serba cukup. Namun, saya diuji dengan keputusan 2A SPM daripada 11 matapelajaran yang diambil. Dunia terasa gelap pada waktu itu seolah-olah berakhir masa depan yang cerah buat saya.
Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”
Bangkit Semula Selepas Kegagalan
“Bermula saat itu, saya nekad untuk menebus kesilapan lalu walaupun terpaksa menempuhi jalan yang lebih panjang & berliku. Saya sentiasa berdoa agar ditemukan dengan hikmah atas apa yang terjadi kerana akal manusia itu terhad untuk menilai sesuatu hikmah di atas setiap ketentuanNya,”
Anugerah Pelajaran Diraja Dalam Genggaman
Akhirnya, setelah tujuh tahun berusaha dan berdoa akhirnya Madhi berjaya menamatkan pengajian sekaligus merangkul Anugerah Pelajaran Diraja.
” Alhamdulillah. 7 tahun kemudian saya berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti No.1 Malaysia. Kejayaan ini terasa lebih manis apabila saya dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran DiRaja. Saya melihat ia sebagai amanah dari Allah jua Universiti untuk saya terus menabur bakti kepada agama & negara.
Bersyukur Penah Gagal Dahulu
Bagi Madhi, kegagalan lalu telah mengajarnya erti sebuah kejayaan yang sebenar, dan percaya setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah disebaliknya. Pendidikan merupakan salah satu cara yang boleh mengubah kehidupan masa depan. Percaya kejayaan akan diperolehi jika tak putus harapan.
“Saya bersyukur saya pernah gagal satu masa dulu. Itu harga yang perlu dibayar untuk saya menghargai manisnya sebuah kejayaan pada hari ini. Kalau saya tidak gagal sewaktu SPM, usaha saya dalam hidup ini pasti biasa-biasa sahaja yang akan menghasilkan keputusan yang biasa-biasa,”
“Penghargaan buat kedua ibu-bapa saya atas doa & sokongan yang diberikan. Terima kasih buat para guru & pensyarah atas tunjuk ajar serta rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menempa kejayaan pada hari ini.
“Ucapan tahniah buat rakan-rakan graduan. Amalkan budaya menggali ilmu pengetahuan dalam apa jua cara kerana ilmu itu cahaya; Cahaya yang mengeluarkan seseorang daripada kejahilan, kemiskinan harta, miskin jiwa & miskin adab,”
Moga perkongsian lelaki ini mampu memberi inspirasi buat remaja diluar sana. Korang sebenarnya ada pontensi pada diri. Perlu berubah dan berani mencuba berkali-kali untuk mencapai kejayaan.
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.
Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu buang bayi kembali hangat sejak kebelakangan ini. Jika dulu buang dalam lubang tandas satu alternatif tetapi kebelakangan ini melontarkan dari tempat tinggi sudah semakin kerap disiarkan di media sosial.
Bilangan anak luar nikah yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2005-2015 adalah sebanyak 532,158 kelahiran. Jika lima tahun sudah terkehadapan, dengan kes yang dilaporkan di media massa, tidak mustahil jumlahnya sudah jauh meningkat.
Di sebalik isu zina yang mana wajib gadis menjaga diri dan akhlak, Al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam sejak 1400 tahun sudah mengajar kita bagaimana untuk mengelak atau terjebak zina. Antara yang boleh gadis amalkan dan mengelak terjebak zina, bacalah surah An Nur ayat 33-34.
“Apa yang perlu kita buat ialah bacalah SURAH AL FATIHAH, DIIIKUTI SURAH AN-NUR AYAT 33-34.
“Ayat 33 surah An Nur menyebut “ Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Manakala ayat 34 pula menyebut “Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Anak gadis boleh amalkan surah ini dan ibu bapa juga boleh amalkan surah ini kepada anak-anak. Insya Allah ia akan menjauhkan anak-anak perempuan ke perbuatan zina.
Ternyata al-Quran adalah panduan lengkap kita dan hanya perlu amalkan dengan sebaik mungkin. Insya Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...