Penampilan penyanyi bersuara lunak, Wany Hasrita ketika melakukan persembahan pembukaan bersama kumpulan wanita, De Fam di malam Anugerah Juara Lagu ke-37, baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet di platform media sosial.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, selain dibanjiri puji-pujian kecantikan penampilan yang sopan dan cantik, ada segelintir peminat turut membuat spekluasi Wany kini seperti sedang hamil bayi sulung, menerusi ruangan komen.
Walaupun mengenakan busana berwarna coklat yang longgar hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Seth & Luna, mereka mendakwa perut penyanyi lagu Menahan Rindu itu kelihatan sedikit ‘kedepan’ seolah-olah menggambarkan dirinya kini sedang berbadan dua.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Pegang Perut, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Cahaya Mata Kedua?
“Dont know why , tetapi nampak macam ada baby bump,” komen seorang warganet.
“Rasa Wany pregnant, macam nampak baby bump,” komen juga warganet lain.
“Wany macam pregnant sahaja,” tanya ringkas seorang pengikut menerusi ruangan komen.
Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Wany Hasrita