Nampak Macam Selamat Sebab Pakai Glove & Mask, Tapi Virus Boleh Menular Jika Pekerja Pasaraya Pakai Seharian

Share

Ramai beranggapan “selamat” bila berada dekat dengan individu memakai mask dan hand glove terutama bila memasuki pasaraya. Kita merasakan mereka sudah mematuhi peraturan di tetapkan dan hanya perlu menjaga jarak sahaja.

Namun tanpa sedar dan tidak pernah kita ambil peduli ialah adalah mask dan hand glove yang dipakai itu sentiasa ditukar atau mereka sudah membersihkan tangan kerana kita sibuk membeli barang keperluan. Bila sudah cukup, kita akan ke kaunter buat bayaran dan balik tanpa sedar ia merisikokan penyebaran virus kerana hand glove itu dipakai untuk tempoh lama dan pekerja itu sendiri tidak membasuh tangan seperti disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Doktor pakar, Dr Imelda Balchin berkongsi ilmu yang perlu kita fahami mengenai penyebaran virus boleh berlaku di pasaraya kerana berdasarkan pemerhatiannya pekerja-pekerja ini tidak mencuci tangan mereka dan tidak menukar hand glove mereka.

Perkongsiannya ini telah mendapat 11k dan diharap kita lebih berhati-hati dan peka mengenai kebersihan ini. Paling utama jaga jarak seperti disarankan oleh pihak KKM.

Semalam saya sempat ke pasaraya untuk membeli sedikit keperluan. Saya lihat pekerja di pasaraya pakai sarung tangan, maknanya, DEPA TAK BASUH TANGAN.

Selama seluruh masa saya di pasaraya, saya perhatikan mereka semua pegang macam-macam barang yang dibawa oleh pelanggan ke counter. Dari tangan pelanggan, ke sarung tangannya, tak tanggalkan sarung tangan, tak basuh tangan dan kemudiannya pegang credit card pelanggan dengan sarung tangan, dan kemudian pegang barang-barang yang dibawa oleh pelanggan lain ke counter dan kemudian pegang permukaan counter yang juga di sentuh-sentuh oleh tangan pelanggan-pelanggan lain, kemudian pegang kredit kad pelanggan lain yang datang dari tangan pelanggan lain dan pegang balik permukaan counter, KEMUDIAN PEGANG PULA MASK DIA DAN MUKA DIA UNTUK MEMBETULKAN KEDUDUKAN MASK.

🤦🏻‍♀️ Awat laaa buat lagu tu.

Pakai sarung tangan, tapi tak tukar sarung tangan. Kalau TAK pakai sarung tangan, boleh juga cuci tangan dengan sanitiser yang duduk disebelah counter dia yang tidak digunakan sebab dia pakai sarung tangan.

Ini bukan saranan WHO dan KKM. Sepatutnya anda basuh tangan di antara setiap pelanggan dengan sanitiser supaya anda tidak menjadi pengantara dan merebakkan virus sebab sarung tangan anda yang anda TAK tukar beberapa jam, dok pegang macam-macam.

Kemudian dengan sarung tangan dia yang dok pegang macam-macam dari ramai pelanggan, dia nak pegang kredit kad saya pula. Saya kata Jangan pegang kredit kad saya kecuali anda buang sarung tangan tu dan cuci tangan dengan sanitiser dulu. Lebih baik saya masukkan kad saya sendiri dalam mesin dan saya keluarkan sendiri. Kemudian, saya cuci tangan dengan sanitiser. Anda TAK buat pun.

Kemudian saya tolak trolley saya ke kereta. Seorang Pekerja pasaraya ikut saya pula. Saya kata JARAK SOSIAL, tak payah ikut saya walaupun anda pakai mask. Kemudian dia nak Tolong saya letak barang saya dari dalam trolley ke dalam kereta saya dan dia pakai sarung tangan yang sama dan dok pi tolak trolley-trolley lain dan dok pegang barang pelanggan orang lain, tanpa menggunakan sanitiser.

Saya kata, tak payah pegang barang-barang saya dengan sarung tangan anda yang sudah pegang macam-macam kuman dan anda TAK tukar sarung tangan dan anda TAK basuh tangan. Tangan Saya dah cuci dengan sanitiser, saya boleh angkat barang saya sendiri ke dalam kereta dan anda Jangan datang dekat saya. Lepas saya bagi balik kat dia trolley, saya pun cuci tangan dengan sanitiser. Ini lah tabiat yang lebih bersih dari dok pakai sarung tangan yang sama berjam-jam.

Kalau doktor pakai sarung tangan yang sama untuk DUA pesakit, itu satu kesalahan dari segi tatacara kebersihan! Jika doktor pakai sarung tangan, doktor mesti tukar sarung tangan untuk setiap pesakit dan basuh tangan di antara setiap pesakit.

Saya harap pekerja pasaraya belajar, pakai mask tidak melindungi anda. Anda mesti amalkan JARAK SOSIAL SELAGI BOLEH BUAT. Pakai sarung tangan tidak melindungi anda. Anda mesti jaga kebersihan tangan dengan basuh tangan dengan kerap, dan anda mesti cuci counter anda untuk perlindungan anda. Bukan pegang-pegang semua permukaan dengan sarung tangan yang sama tanpa apa-apa amalan kebersihan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling penting sekali, elak pegang-pegang mask, hidung, mulut, mata dengan tangan yang kotor atau sarung tangan yang kotor.

Basuh tangan dengan kerap.
Jarak sosial.
Jangan sentuh muka tanpa membersihkan tangan.
Kalau pakai mask, jangan sentuh muka untuk membetulkan kedudukan mask dengan sarung tangan yang TAK bersih atau tangan yang TAK bersih.
Kalau pakai sarung tangan dan mask, jangan lupa amalkan semua di atas.

Semua ini untuk perlindungan anda, dan perlindungan pekerja pasaraya.

Saya harap teguran saya memberi manfaat untuk perlindungan anda.

Jika tak mau terima nasihat yang baik, tak payah lah bagi komen yang tak berhemah disini. Saya blok dan delete saja mereka yang tak boleh berhemah dan tak boleh terima nasihat dengan baik.

Terimakasih.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros