Minuman manis memang sinonim dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia kerana lihat sahaja ramai yang gemar menikmati bubble tea selain minuman-minuman seperti teh tarik atau milo ais yang dibeli di kedai mamak.
Susu dalam tin antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman lemak manis ini dan jika korang ke pasar raya, terdapat pelbagai jenis susu tin yang dijual. Nampak sama tapi sebenarnya masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.
Penting untuk korang tahu sebelum memilih susu dalam tin yang ingin dibeli. Berikut adalah perbezaan kandungan susu tin yang telah dibuat oleh ahli nutrisi, Thiru Kanesh.
1. Susu sejat (evaporated milk)
Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair di kalangan orang berusia.
2. Susu pekat manis (sweetened condensed milk)
Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
Ads
3. Susu isian sejat (evaporated filled milk)
Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu itu pula telah diganti dengan minyak makan sayuran. Ada juga yang menggunakan produk ini dalam masakan, kuih dan pemanis mulut seperti Ais Batu Campur (ABC).
Sama seperti susu isian sejat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
5. Krimer manis (sweetened creamer)
Krimer manis ialah keluaran yang diperoleh dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu untuk memaniskan dan memutihkan minuman. Kebiasaannya produk jenis ini tinggi kandungan gula (kandungan gula adalah ramuan utama) dan hampir tiada kandungan susu bergantung kepada jenis keluaran atau jenama.
Penggunaanya sangat meluas di negara kita terutamanya dalam minuman panas seperti teh tarik, sirap bandung dan sebagainya. Ada juga krimer manis yang berperisa (coklat, strawberi, karamel).
Ads
Selain itu, ada juga produk krimmer tanpa tenusu, iaitu keluaran yang disediakan daripada lemak sayuran dan karbohidrat yang sesuai. Kalau di pasaran, jenis keluaran ini dapat dilihat dalam bentuk serbuk seperti krimer kopi dan sering digunakan dalam minuman pracampur atau 3 in 1.
Jadi, selama ini korang gunakan produk susu yang mana satu?
Jika korang membaca label dengan teliti, ada produk krimer manis akan ditambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.
Ads
Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer manis tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).
Menurut Thiru lagi, tidak hairanlah bila negara kita tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya.
Nasihatnya, fikirkan semula, amalkan kesederhanaan. Ambil inisiatif dan rajinkan diri membaca label serta kenali jenis produk. Label produk mungkin berbeza mengikut formulasi terkini syarikat pengeluar.
Jika sebelum ini netizen teruja dengan seorang Youtuber yang berjaya menurunkan 3.4 Kg selepas melakukan eksperimen diet IU selama seminggu, ia ternyata cukup mengejutkan. Bayangkan selama seminggu, youtuber yang dikenali dengan channel s w hanya makan sweet potato dan minum shake protein dan air sahaja.
Tapi dalam tak sedar ia merupakan sesuatu yang terlebih dan tidak sihat?
Menurut laporan Berita Harian, pegawai pemakanan sukan Program FitMalaysia X, Noor Kamsina Aziz, mengatakan kadar penurunan berat badan yang ideal untuk seminggu adalah antara 500g hingga 1kg sahaja.
Jika penurunan berlaku secara mendadak sehingga 2kg setiap minggu, ianya dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan menurunkan kadar metabolisme badan.
Namun pada peringkat awal, penurunan berat badan 2kg seminggu adalah normal kerana kemungkinan disebabkan oleh berat air. Namun jika ia konsisten setiap minggu, ia jatuh dalam kategori terlebih dan tidak sihat biarpun nampak badan semakin kurus.
Kesannya:
membahayakan kesihatan
mengganggu metabolisme
mellambatkan proses pemulihan otot selepas senaman
badan cepat penat
emosi dan mental terganggu
Kata beliau, yang penting individu itu seronok melihat kemajuan yang berlaku pada badan dan bukannya memaksa diri untuk melihat pada angka berat badan.
Untuk memastikan badan kekal bertenaga biarpun terpaksa kurangkan kuantiti makanan, individu perlu memastikan pengambilan kalori adalah mencukupi dan seimbang mengikut keperluan badan masing-masing supaya defisit kalori boleh berlaku menerusi tiga bahagian utama makanan iaitu lemak, protein dan karbohidrat.
Secara kesimpulannya, apa pun yang kita makan, hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana dan korang sedang dalam proses menurunkan berat badan, jangan terlampau ghairah mahu kurus dengan cepat sehingga menyebabkan kesihatan badan terabai.
Migrain adalah sejenis sakit kepala yang lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dimana nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik. Ini bermaksud, jika salah seorang ahli keluarga korang menghidap migrain, ia berkemungkinan akan turut sama dihidapi oleh ahli keluarga terdekat yang lain.
Ada beberap faktor penyebab migrain ini dan antaranya adalah seperti jenis makan, persekitaran serta psikologi.
Namun begitu, mungkin sukar untuk korang kenal pasti punca dan bagaimana untuk mengelak dari penyakit ini. Jadi, seorang doktor telah pun berkongsi info tentang 6 cara yang korang boleh buat untuk mengelakkan daripada mendapat serangan migrain.
Jom kita lihat antara informasi yang dikongsi.
1. Sentiasa mencatat apa yang korang makan atau minum di dalam diari
Catatkan apa yang korang makan atau minum sebelum berlakunya migrain. Korang akan mendapat pattern makanan yang menyebabkan korang migrain dan ini akan memudahkan untuk mengelak daripada makan makanan tersebut.
2. Makan pada waktunya
Jangan makan terlalu lewat atau skip meals.
3. Kurangkan pengambilan kafein
Jika kafein diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan migrain. Pada masa yang sama, jika korang mengurangkan pengambulan kafein, lakukan pada kadar perlahan kerana pengurangan kafein mendadak juga akan menyebabkan berlakunya migrain.
4. Tidur yang secukupnya
Sentiasa tidur pada waktunya dan pada waktu yang sama. Jika korang terlalu penat/mengantuk, ia boleh menyebabkan episode migrain.
5. Kurangkan stres
Banyak cara untuk mengurangkan stres seperti bersuka, beribadah, meluangkan masa bersama keluarga atau melakukan aktiviti yang korang gemari. Sila buat temu janji untuk kaunseling atau sesi ‘stress management’ jika cara diatas tidak berkesan.
6. Selalu bersenam
Semasa bersenam, badan kita akan mengeluarkan hormon yang boleh mengurangkan signal kesakitan kepada otak. Hormon ini juga boleh membantu untuk mengurangkan anxiety dan depresi. Anxiety dan depresi boleh membuatkan migrain semakin teruk.
Jika memang tahap migrain korang semakin teruk dan tidak pulih, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan yang selanjutnya.
Cuaca panas sekarang ni memang buat tekak rasa kering dan haus je kan?
Apa kata kita cuba minuman perisa baru daripada kedai kopi terkemuka Starbucks. Fuh, bayangkan nikmatnya bila sampai di tekak tengah panas terik ni…!
Yang menariknya, minuman-minuman yang pastinya ‘menyejukkan’ cuaca panas ini diinspirasikan dari pencuci mulut klasik dan perasa yang disukai anak kecil seperti vanila, strawberi dan juga coklat.
Untuk info, Starbucks Malaysia akan melancarkan beberapa minuman baharu mereka untuk penutup musim panas ini, iaitu Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino, dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.
Difahamkan harga bagi Neapolitan Frappucino dan S’mores Frappucino bermula dari RM20.65 manakala harga Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula bermula dari RM 15.90.
Kesemua minuman ini boleh didapati di semua cawangan mereka di seluruh negara mulai hari ini iaitu 27 Julai 2021, hanya dalam tempoh masa dan stok yang terhad.
Namun bagi Chocolate Truffle Nitro Cold Brew pula, ianya hanya akan ditawarkan di cawangan mereka yang terpilih.
Sebelum sampai ke Malaysia, 3 perisa minuman ini mula ditawarkan oleh Starbucks Singapura pada 22 Julai yang lalu.
Lepas minum perisa baru Starbucks ni mesti kita mengimbau kenangan zaman kecil kita dulu kan.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kopi merupakan antara salah satu minuman kegemaran ramai. Tidak hairanlah sekiranya ada individu yang setiap hari keluar mencari kopi kerana bagi mereka ia dapat...