Minuman manis memang sinonim dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia kerana lihat sahaja ramai yang gemar menikmati bubble tea selain minuman-minuman seperti teh tarik atau milo ais yang dibeli di kedai mamak.
Susu dalam tin antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman lemak manis ini dan jika korang ke pasar raya, terdapat pelbagai jenis susu tin yang dijual. Nampak sama tapi sebenarnya masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.
Penting untuk korang tahu sebelum memilih susu dalam tin yang ingin dibeli. Berikut adalah perbezaan kandungan susu tin yang telah dibuat oleh ahli nutrisi, Thiru Kanesh.
Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair di kalangan orang berusia.
Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu itu pula telah diganti dengan minyak makan sayuran. Ada juga yang menggunakan produk ini dalam masakan, kuih dan pemanis mulut seperti Ais Batu Campur (ABC).
Sama seperti susu isian sejat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.
Krimer manis ialah keluaran yang diperoleh dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu untuk memaniskan dan memutihkan minuman. Kebiasaannya produk jenis ini tinggi kandungan gula (kandungan gula adalah ramuan utama) dan hampir tiada kandungan susu bergantung kepada jenis keluaran atau jenama.
Penggunaanya sangat meluas di negara kita terutamanya dalam minuman panas seperti teh tarik, sirap bandung dan sebagainya. Ada juga krimer manis yang berperisa (coklat, strawberi, karamel).
Selain itu, ada juga produk krimmer tanpa tenusu, iaitu keluaran yang disediakan daripada lemak sayuran dan karbohidrat yang sesuai. Kalau di pasaran, jenis keluaran ini dapat dilihat dalam bentuk serbuk seperti krimer kopi dan sering digunakan dalam minuman pracampur atau 3 in 1.
Jadi, selama ini korang gunakan produk susu yang mana satu?
Jika korang membaca label dengan teliti, ada produk krimer manis akan ditambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.
Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer manis tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).
Menurut Thiru lagi, tidak hairanlah bila negara kita tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya.
Nasihatnya, fikirkan semula, amalkan kesederhanaan. Ambil inisiatif dan rajinkan diri membaca label serta kenali jenis produk. Label produk mungkin berbeza mengikut formulasi terkini syarikat pengeluar.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)