Ramai di antara kita sering makan dan minum di dalam kenderaan. Terutama bagi perjalanan jauh atau terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Jika ada lebihan makanan, kita biasanya akan membuangnya ke dalam tong sampah untuk mengelak lipas memasuki kereta. Namun sebahagian dari kita pula agak “sayang” membuang baki air mineral yang baru diminum separuh atas alasan mahu minum lagi. Ruang meletak botol air pula biasanya hanya boleh meletakkan dua botol sahaja dan jika ramai di dalam kenderaan, kita akan meletakkan botol air berdekatan gear.
Namun tindakan ini jelas mengundang bahaya tanpa sedar kerana ada ketika, kita perlu menghentikan kenderaan bila berlaku kecemasan. Ada masa botol air akan bergolek ke bahagian bawah kaki terutama di bahagian brek, minyak dan clutch. Jika tersekat terutama di bawah brek, ini bahaya mengundang.
Setiap hari media banyak membincangkan berkaitan kegagalan menggunakan tali pinggang keledar dan carseat untuk kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian, hari ini, mari kita berbicara mengenai botol air.
Kebanyakkan kenderaan, tidak kiralah sama ada transmisi automatik atau manual dan kecerunan bahagian lantai kenderaan berdekatan dengan pedal klac, brek dan minyak, meningkatkan risiko untuk kemalangan.
Menurut permerhatian, banyak pemandu Malaysia yang mengabaikan kekemasan kenderaan. Kalau di ikutkan semua kita nak sepahkan dalam kereta. Kasut, botol air, sampah, tool dan sebagainya. Terutama pemandu lori dan bas, kebanyakkan dari mereka meletakkan botol air di ruangan kaki.
Daripada aspek keselamatan, perbuatan meletakkan botol air 'ikut suka' ini boleh menyebabkan kematian. Botol tersebut boleh bergolek ke sana sini jika tidak diletakkan dengan betul sama ada di dalam plastik bersama dengan barang lain ataupun di dalam cup holder.
Sebagai contoh, jika kenderaan mula hilang kawalan, botol tersebut, sama ada yang bersaiz 250 ml atau 1.5 liter, atau pun lain-lain bekas minuman boleh tersangkut di bawah pedal brek. Tak kira bagaimana kuat sekalipun anda pijak pedal brek tersebut, ianya tidak membantu kerana tekanan yang amat tinggi diperlukan untuk membuatkan botol tersebut pecah.
Jika pemandu kereta berjaya menekan pedal brek sehingga menyebabkan botol tersebut pecah sekalipun, ianya akan melewatkan waktu yang sepatutnya untuk kesan menekan brek itu memperlahankan atau menghentikan kereta sepenuhnya. Setiap milisaat amat penting apabila kita berbincang mengenai kemalangan jalan raya.
Sekiranya kereta anda tidak mempunyai cup holder, mungkin anda patut membeli cup holder (third party) atau meletakkan botol air pada tempat yang mana ianya tidak akan bergolek ke sana-sini ketika pemanduan dibuat. Sekiranya kereta anda ada built-in cup holder, maka gunakannya sebaik mungkin.
—- SARANAN —-
Saya sarankan kita mengambil berat berkaitan ini untuk mengelak malapetaka di hari mendatang. Sediakan cup holder dan buang sampah serta botol yang tidak digunakan dengan lebih kerap.
Sampaikan pesanan ini kepada suami, abang, kakak, emak, ayah, kawan2 jika sayangkan mereka. Sumber : ilzanno sharky