Baru berusia 28 tahun, tetapi Sara Geurts yang juga merupakan seorang model kelihatan jauh lebih tua dari usianya kerana menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak dan sendi ototnya lemah akibat penyakit tersebut, ia langsung tidak menjadi halangan buatnya untuk terus menjadi seorang model.
Keyakinan tinggi yang ada pada dirinya membuatkan gadis ini sentiasa berfikiran positif dan tidak malu untuk memuat naik gambar di media sosial untuk tatapan umum.
Mempunyai lebih daripada 80 ribu pengikut di laman Instagramnya, Sara mengakui sejak kebelakangan ini kesihatannya semakin merosot. Dia tidak lalu makan sehingga berat badannya hilang kira-kira 6 kilogram.
Menurutnya lagi, ketika di sekolah dulu, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastic yang berlaku pada anggota badannya kerana tidak mahu menjadi mangsa buli.
Tetapi, setelah berusia 22 tahun, Sara mula terfikir sampai bila dia harus menyembunyikan masalah kesihatannya ini. sehinggalah pada 2015, gadis yang berasal dari Minneapolis, Minnesota ini memuat naik gambar di Tumblr page ‘Love Your Lines’.
Respon yang diterima sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu like gambar tersebut.
Nah, tidak semua netizen yang kerjanya hanya tahu mengata dan menghina. Masih ramai lagi manusia yang berhati mulia dan supportive.
Kita tidak perlu malu dengan segala kekurangan yang ada. Sebaliknya, bersyukur dan ingatlah bahawa ada lagi individu yang bernasib kurang baik daripada kita.
Spread the love, not hate!
Sumber: Mirror