Penerimaan peminat drama popular, Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di saluran TV3 baru-baru ini nampaknya masih belum surut termasuklah dalam kalangan peminat dari negara seberang, Indonesia.
Malah, timbul juga khabar angin mengatakan dua orang teraju utamanya, Meerqeen dan Anna Jobling kemungkinan akan ke Indonesia bagi menjayakan kemunculan di beberapa buah program temubual di sana.
Bercakap mengenai topik pelakon muda Malaysia yang meniti populariti di Indonesia ini, pelakon senior Namron berpendapat ia adalah satu perkembangan yang positif dan berharap pelapis industri seperti Meerqeen, Anna dan ramai lagi muka-muka pelakon baharu akan terus mencari peluang mengikut jejak langkah pemain industri terdahulu seperti Bront Palarae yang pernah membintangi filem di Indonesia (My Stupid Boss, Headshot, Pengabdi Setan 1 & 2 dan Ayat-Ayat Cinta).
BACA LAGI : Pengabdi Setan 2: Communion Makin Seram, Ending Sekuel Lebih Mantap – REMAJA
Begitupun, Namron menasihati para pelakon muda ini untuk tidak sesekali ‘besar kepala’ dan bersifat terbuka untuk bekerjasama dengan produksi di sana.
“Sebenarnya untuk bekerja di Indonesia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu ada bakat, ilmu dan kehandalan networking. Bront boleh ke sana kerana mempunyai ilmu untuk (proses) networking itu.
“Apabila pengarah Joko Anwar menawarkan watak kepada Bront selepas menonton filem Terbaik Dari Langit, Bront terus ambil. Dia tak ada tanya pasal bayaran ke, dia hanya terima (tawaran tersebut) untuk bina networking.
“Bersama Joko, tentunya Bront memberikan (lakonan) yang terbaik dan dalam proses komunikasinya, Joko melihatnya sebagai seorang pelakon yang bijak. Pengarah seperti Joko Anwar ini sukakan orang sebegitu kerana pelakon yang bijak akan membantu merealisasikan projeknya dengan lebih mudah dan berkualiti,” ujar Namron sewaktu ditemui di set cabaran pencarian Dewi Remaja 2022 di mana dia bertugas sebagai juri jemputan.
ARTIKEL BERKAITAN : Meerqeen Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman Anna Jobling? – REMAJA
Tambah Namron, industri lakonan Indonesia berbeza dengan Malaysia di mana pemain produksi sinetron atau drama bersiri di sana tidak sama orangnya dengan pemain produksi filem. Kedua-duanya terbahagi kerana di sana, rata-rata pelakonnya lebih senang untuk fokus dengan satu cabang lakonan sahaja.
Oleh yang demikian, dengan populariti yang dimiliki oleh Meerqeen dan Anna menerusi drama Melur Untuk Firdaus, besar kemungkinan mereka akan lebih tertarik dengan projek sinetron untuk sebab-sebab tertentu.
“Sinetron adalah strategi untuk mencapai populariti dan pendapatan tinggi.
“Di Indonesia, orang filem dan sinetron jarang cross. Mereka jaga territory sendiri.Tapi kalau nak dibandingkan, pelakon sinetron lagi banyak buat duit dan jauh lebih kaya. Apapun, kedua-dua cabang ini memberikan kepuasan berbeza.
“Saya rasa bagus untuk mereka ke sana. Secara tak langsung, ia buka peluang yang lebih luas. Bila di sana nanti untuk program temu bual, saya harap mereka tidaklah jayakan satu program sahaja. Ikutlah cara Bront untuk mencari networking. Alang-alang pergi, cubalah cari pihak tepat untuk masuk ke industri di sana dan bijak cari peluang.
“Sama ada memilih filem atau sinetron, pilihlah dengan bijak dan ia harus datang dengan demand juga. Kalau ada orang offer filem, lihat pengarah yang bagus dan ambillah. Tak perlu fikir nak letak rate
tinggi. (Ini kerana) bila dapat bekerja dengan pengarah hebat di sana, benchmark anda sudah di tahap berbeza,” nasihat pelakon yang mesra ditegur dengan panggilan Tok Ayah ini.Kalau anda ingin menyaksikan apa cabaran yang dilakukan oleh Dewi Remaja 2022 dalam episod akan datang bersama Namron, jangan lupa saksikan rancangan realiti ini setiap Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Ria.
Agak-agak episod mana ya? Check it out every Saturday guys!
BACA LAGI : Semakin Hangat! Anna Jobling Ingatkan Tya Arifin Kepada Diri Mudanya, Terus Dilantik Duta – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.