Naomi Osaka ‘Boikot’ Media, Tarik Diri Daripada French Open Selepas Disaman

Share

Pada Isnin 31 Mei 2021, Naomi Osaka, seorang pemain tennis dari negara Jepun telah menarik diri secara rasmi daripada French Open untuk lebih fokus kepada kesihatan mentalnya.

Kenyataan itu dilakukan oleh Naomi sendiri setelah beliau memuatnaik sebuah posting di laman Instagram miliknya dan mengatakan sebab kenapa beliau ingin menarik diri daripada pertandingan ini. Atlet berusia 23 tahun ini telah disaman sebanyak $15,000 hanya kerana enggan menjawab soalan ketika sidang media selepas kemenangan beliau pada hari Ahad yang lalu, 30 Mei 2021.

Sumber: Instagram naomiosaka

Pemain tennis no.2 di dunia ini juga telah mengambil masa untuk memberikan keterangan mengapa beliau tidak mahu menghadiri mana-mana sidang media. Menurut Naomi, beliau mengatakan yang kadangkala wartawan tidak memahami, dan mereka akan kerap bertanyakan soalan-soalan yang berulang kali sama, dan sebagai pemain, mereka diharapkan untuk menjawap semua soalan-soalan tersebut. Ada kala, beliau berasa seperti wartawan tidak menghormati kesihatan mental pemain, dan membuatkan mereka berasa tidak senang dan tidak yakin pada diri sendiri.

Susulan daripada pengumuman pertama beliau pada Rabu lalu, 26 Mei, yang Naomi tidak akan melakukan sebarang soal-jawap bersama media ketika pertandingan, kerana ingin menjaga kesihatan mentalnya, beliau juga berkata yang dia sedar bakal ada tindakan yang dikenakan kepadanya, namun beliau berharap agar ‘saman’ yang dikenakan itu tidaklah terlalu tinggi, dan saman yang dikenakannya itu boleh digunakan kepada kebajikan pesakit mental.

Sumber: E-news

Pada Ahad yang lalu, The Grand Slam Tournament telah membuat pengumuman melalui kenyataan media yang Naomi akan disaman kerana enggan menghadiri sidang media mandatori yang telah ditetapkan untuknya ketika kemenangannya terhadap Patricia Maria Tig.

Sumber: Al-Jazeera

“Naomi Osaka today chose not to honour her contractual media obligations, The Roland-Garros referee has therefore issued her a $15,000 fine, in keeping with article III H. of the Code of Conduct.”

Pada ketika ini, The Grand Slam Tournament masih lagi belum memberi komen secara terbuka terhadap tindakan menarik diri Naomi.

Selain itu, beberapa selebriti juga telah memberi kata-kata semangat dan menyokong tindakan Naomi untuk menjaga kesihatan mental dirinya. Ada juga yang berkata “Take care of yourself, like Naomi Osaka”.

Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, orang ramai juga turut memberi kata-kata semangat kepada Naomi dan mengatakan tidak mengapa untuk beliau mengambil masa untuk dirinya sendiri berehat daripada semua ini.

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn