Naqiu & Hady Mirza KONGSI Gelaran Juara Gegar Vaganza 2019, Setuju?

Share

Sekali lagi, satu kejutan dilakukan oleh saluran Astro Ria & Ria HD pada malam ini.

 

Acara finale Gegar Vaganza (GV6) musim keenam berakhir sebentar tadi dengan mengumumkan 2 orang juara iaitu Naqiu Bobog dan Hady Mirza. Ini sekaligus melakar sejarah sebagai edisi pertama rancangan nyanyian itu dengan 2 orang juara.

Untuk pengetahuan, finale GV6 diadili seratus peratus oleh pihak juri malam ini iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman sebagai juri jemputan.

Naqiu dan Hady Mirza masing-masing memmbawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi. Ia selepas mereka berdua sama hebat ketika mempersembahkan nyanyian solo dan nyanyian ‘battle’.

Dua buah lagu yang dipersembahkan oleh Naqiu dan Hady Mirza ialah Srikandi Cintaku dan Ha Tepo menerima respon. Lantas, para penonton dan juri tak mampu untuk membuat keputusan.

Jatt berada di tempat ketiga, Nurfafima keempat, One Nation Emcees kelima dan akhirnya, Sham Vidsa berpuas hati di tempat keenam.

 

Berdasarkan komen daripada netizen pula, mereka berbelah bahagi sama ada ingin bersetuju dengan keputusan 2 juara itu ataupun tidak.

Ada yang beranggapan ia wajar kerana Naqiu dan Hady Mirza masing-masing konsisten sepanjang musim keenam ini.

Bagaimanapun ada yang berpendapat gelaran juara seharusnya dipegang oleh seorang penyanyi yang terbaik di antara yang terbaik sahaja.

Korang pula bagaimana?

Published by
FZ