Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena nasi kandar dengan teh ais buih lebih macam padu je! Haa, jangan tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi kandar langsung dalam hidup korang.
Come on, nasi kandar antara makanan paling popular di Malaysia kot. Bayangkan nasi putih, kuah bermacam-macam jenis, ayam goreng yang crunchy ditambah pula dengan papadom. Fuhh padu beb!
Tapi kalau korang nak rasa nasi kandar utara yang ‘pure’ kena la pergi Pulau Pinang.
Tapi korang tahu tak, baru-baru ini Restoran Hameediyah telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “restoran nasi kandar tertua” di negara ini!
Wow hebatnya,
Menurut Bernama, Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong berkata restoran nasi kandar itu yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa telah berusia lebih 100 tahun dan mula menjalankan perniagaan sejak tahun 1907.
Meskipun dah mencecah lebih 1 abad namun restoran itu masih kekal popular sehingga ke hari ini.
Malah restoran nasi kandar ini kini telah diwarisi generasi ketujuh keluarga berkenaan!
Sijil pengiktirafan MBR itu diserahkan kepada pemilik restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.
Dalam pada itu, Ahamed melahirkan kesyukuran atas pengiktirafan MBR itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.
“Kami sangat gembira atas pengiktirafan ini dan kami berasa sangat istimewa dan dihormati,” katanya.
Menurutnya, restoran Hameediyah menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
“Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini,” katanya.
Sementara itu, Ahamed berkata restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.
Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya dan dijangka bulan hadapan satu lagi cawangan baharu dibuka di Sungai Ara, Georgetown.
Wow, hebatnya restoran nasi kandar Hameediyah ni mampu bertahan lebih 100 tahun ye. Tapi no wonder la sebab nasi kandar ni boleh buat kira termimp-mimpi kan…hehe
Sumber: Bernama