Nasi Lemak Bunga Telang Pikat Hati Juri, Remaja Malaysia Menang Pertandingan Memasak Berprestij Di Ireland

Share

Rasa bangga pula bila netizen sedunia bercakap mengenai kehebatan Malaysia dan Nasi Lemak bunga Telang!

Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.

Terbaharu, seorang remaja Malaysia yang sudah berjaya mengharumkan nama negara dengan memenangi pertandingan memasak berprestij. Paling menarik sekali, hidangan yang disajikan adalah nasi lemak!

Menang kategori Asian-Indian cuisine competition class

Pertandingan memasak berprestij yang berlangsung di Dublin, Ireland pada 4 & 5 Februari ini turut disertai oleh salah seorang rakyat Malaysia bernama Siti Safura Mohd Tawil, yang kini tinggal di Ottawa, Ontario.

Apa yang membanggakan adalah Siti Safura menyertai Chef Ireland Culinary Competition 2020 yang dianjurkan oleh The Panel of Chefs of Ireland dan memenangi tempat pertama dalam kategori Asian-Indian cuisine competition class.

Menjadi ‘star’ pada hari tersebut adalah hidangan Nasi Lemak Bunga Telang. Hidangan ini dapat memikat hati juri masakan kerana mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.

Hidangan yang dilengkapi dengan nasi berwarna biru, rendang ayam, kerabu dan disertakan dengan keropok lekor rangup ini kelihatan sangat menyelerakan. Memang lain dari yang lain!

Apapun, REMAJA dan pastinya kesemua rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan  Siti Safura dan juadah Nasi Lemak Bungan Telang di Ireland ini dan berharap agar lebih ramai lagi warga asing yang boleh menikmatinya.

Tahniah diucapkan kepada Siti Safura kerana mengharumkan nama negara! Caya lah….

Sumber :Safura Tawil, WorldofBuzz

Published by
Nana