Nasi lemak tersenarai antara menu kegemaran rakyat Malaysia terutama di awal pagi. Namun ada juga yang makan nasi lemak pada sebelah malam kerana ada pelbagai jenis lauk pauk yang membangkitkan selera.
Biasa juga kedengaran sebahagian orang memilih roti sebagai sarapan pagi mereka. Dalam kedua-dua jenis menu ini, mana satu agaknya yang buat badan korang makin kembang?
Baca hasil tulisan Hafiz Sulaiman dalam entri facebooknya. Semoga apa yang dikongsikan ini memberikan manfaat kepada mereka yang berusaha ingin mencari bentuk badan ideal. Dua jenis makanan ni menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Kalau nak kurus dan sihat tanpa berlapar kita kenalah tahu mana yang lebih mudah sebabkan badan kita “mengembang”.
Selepas baca ini, korang bolehlah buat pilihan yang terbaik ya. Sebabnya apa makanan yang kita pilih, itulah penanda aras kesihatan kita pada masa akan datang.
1) GULA: Keduanya tinggi karbohidrat. Naikkan paras gula dengan tinggi. Roti dan nasi putih biasanya tergolong dalam indeks glisemik sederhana-tinggi.
2) TAK PADAT NUTRISI: Keduanya tidak mengandungi zat yang tinggi berbanding lauk seperti daging, ikan, sayuran.
3) TENAGA SEGERA: Keduanya memberi tenaga segera namun tidak tahan lama. Mungkin sedikit lama jika ambil roti atau nasi “tak putih”.
4) BINA OTOT LEPAS BERSENAM : Makanan tinggikan gula darah ini bagus diambil untuk kesan anabolik (membina otot) selepas bersenam. Err..kalau makan tapi tak bersenam, kita boleh agak lah hasilnya.Bina lemak.
5) Makanan tinggi karbohidrat apabila dimakan dengan protein pada waktu pagi meningkatkan penghasilan serotonin iaitu hormon kegembiraan.
ROTI + (__________?)
a.marjerin b.kaya c.jem d.tuna/sardin dalam tin. d. Subway
NASI + (__________?)
a.santan (nasi lemak/dagang) b. telur c. Ikan/ayam/daging d.sayur
Jelaskan..roti memang sedap dibakar dan ditambah yang manis dan bahaya tu. Nasi tidak pula dimakan dengan gula asalnya. Bahan sampingannya biasanya jauh lebih sihat
2) Indeks Glisemik. (Kadar penyerapan gula dalam darah)
Okay part ni akan ada ramai nak kata ada pilihan yang lebih sihatlah. Jadi mari kita tengok jenis nasi dan roti yang paling biasa orang makan di kedai.
Nasi lemak lebih lambat diserap kerana disalut oleh lemak yang melambatkan penyerapannya..Maka indeks glisemiknya SEDERHANA. Roti putih yang tinggi proses mempunyai indeks glisemik TINGGI. Jika kita tengok poin nombor 1..kita akan dapati indeks glisemik akan cenderung tinggi dengan sarapan roti berbanding nasi.
3) Kenyang : Bila makan roti dan tambahan manis-manis waktu pagi, baru pukul 10 dah lapar balik berbanding makan nasi lemak telur dan lauk pauk. Ini berkait penyerapan gula tu..bila cepat serap, cepat lah habis gula dalam badan..mula lah kita melilau cari makanan lain tak sampai tengahari.
4) Makanan Proses :Nasi asalnya bukanlah makanan proses. Pemprosesan biasa seperti memasak tidaklah bahaya.
Roti bagaimanapun dihasilkan dengan mengisar halus gandum menghasilkan kanji yang berpotensi cepat diserap seperti gula ringkas. (Ingat kisah oat proses? Hehehe). Malah ditambah bermacam-macam bahan sebagai pengawet, perisa, kondisioner dan sebagainya. Tak lupa juga untuk bagi kita ketagih lebih sikit, dimasukkan gula HFCS!. Cuba kira berapa bahan dalam roti kegemaran rakyat Malaysia. Hampir 20 bahan kan?. Patutlah OoOo sedap dimakan begitu saja dah tweak siap-siap.
5) Gluten: Point paling penting ni, Roti gandum punyai gluten penyebab KERADANGAN. Walaupun ada yang kata tak cukup saintifik, cuba try henti makan gluten 2 bulan…anda akan rasa SUPERB!
Pengalaman saya, bila kurangkan gluten,
– Yang stress nak bunuh diri jadi ceria.
– Yang angin tornado dalam perut dan kembung perut macam buntal jadi angin sepoi-sepoi bahasa je..
– Yang kulit yang merah menyala gatal jadi malap dan mula padam.
– Yang sakit sendi sana sini jadi lega.
Yang gemuk obes jadi HAIRAN..
Kenapa berat AUTOMATIK turun ni wehh! serius WOW bestnye.. Masha Allah.
Er..gluten beri kesan pada yang sensitif saja? Benar itu pemahaman sebelumnya dikatakan 6% populasi US alah dan 1% alergi gluten..
Namun kajian diterbitkan pada tahun 2017 oleh Dr Alessio Fasano seorang pakar usus mendapati gluten memberi kesan keradangan usus kepada SEMUA orang. Kajian tidak banyak dan konklusif.. Cuma saya secara peribadi sentiasa ambil jalan selamat lah.. Makanlah roti ni dengan berpada-pada dan berwaspada. Dua-dua pun boleh makan..tapi amalan pilihan saya jelas bukan? Saya tak pernah kira kalori jadi saya pilih makanan yang lebih fitrah..amalan nenek moyang kita .
Kalau nak lagi lagi kurus..saya SKIP breakfast. Garis panduan USDA terbaru mengatakan tiada bukti kukuh skip breakfast ini bahaya untuk kesihatan.Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada ramai yang keliru. SHARE jika bermanfaat kepada keluarga dan rakan sekeliling kita. FOLLOW dan set SEE FIRST supaya tak miss perkongsian luar biasa yang jarang kita dengar).
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.