Walaupun keadaan politik Malaysia tidak stabil buat masa ini, nasib para pelajar yang akan mengambil slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 tak terkesan.
Ini kerana keputusan masih akan diumumkan pada 5 Mac ini walaupun status Kementerian Pendidikan masih tergantung, buat masa ini.
Menurut kementerian, calon SPM boleh mengambil keputusan SPM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri di tempat pendaftaran mereka.
Selain itu, semakan keputusan juga boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPM<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut dan tamat pada 6 petang; 11 Mac kelak.
Semakan keputusan juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.
*
Untuk pengetahuan korang, seramai 416,416 calon menduduki SPM pada 2019 di 3,313 pusat peperiksaan seluruh Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; 8,320 adalah calon sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM); 8,317 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri; 2,209 adalah Sekolah Menengah Agama Rakyat; manakala 14,203 adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM.
Selebihnya, 26,357 adalah calon Persendirian.
*
Amacam, nervous tak gaiss? Hehe..
Finally Lepas ‘Hazab’! 8 Perkara Yang Student Guarantee Buat Lepas SPM