“Nasihat I, Jangan Rush..” Daiyan Trisha Berjaya Beli Rumah Ketika 25 Tahun

Share

 

Ramai remaja yang memilih untuk terus menyewa rumah, walaupun sudah bertahun-tahun bekerja dan nak exit usia remaja pun..

 

Bukannya tak nak beli rumah sendiri. Tetapi dengan keadaan pasaran sekarang, lebih 50 peratus remaja yang bekerja di bandar-bandar besar sekitar Lembah Klang dan ibu negeri lain seperti di Georgetown dan Johor Bahru tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik semasa, ramai memilih untuk menyimpan wang terlebih dahulu.

Jadi, bilakah usia terbaik untuk kita membeli rumah?

Seeloknya, ramai pakar mencadangkan kita mencari rumah sendiri bermula usia 26 tahun. Ini kerana korang akan lebih mudah menerima pinjaman dengan jangka masa pembayaran ansuran yang lebih panjang sebelum usia bersara.

Tapi selebriti seorang ini sudah membuktikan, pada usia 25 tahun pun dia mampu untuk membeli rumah sendiri dengan usaha dan kudrat sendiri!

Daiyan ketika bersama REMAJA untuk isu April 2018. Setahun kemudian, dia telahpun berjaya membeli rumah!

Sekitar Mac 2018, Daiyan Trisha telah berkongsi pengalaman mengambil kunci rumah dan menceritakan impian mutlaknya adalah membeli aset kediaman.

Tidak mudah untuk pelakon Projek Anchor SPM ini mencari rumah kerana dia mementingkan kriteria seperti lokasi dan pelan asal (layout) rumah tersebut.

”Rumah ini istimewa kerana ia ada semua kriteria yang saya inginkan. Selepas 2 tahun mencari, dan bila mendapat tahu saya boleh memiliki kunci pada tahun 2019, saya tahu ini adalah jackpot!

”Sukar untuk saya gambarkan perasaan memegang kunci untuk kali pertama. Saya doakan korang akan berjaya mencapai impian seperti saya,” katanya dalam tweet yang dimuat naik.

Daiyan could not help it tetapi menjadi emosional di dalam video tersebut. Aww!

Daiyan faham bukan mudah bagi anak muda sepertinya berpeluang membeli rumah kecuali jika berusaha lebih masa dan terus-menerus bekerja. Iyalah, kalau nak harapkan duit gaji zaman sekarang hhm

, sampai ke sudah tak merasa.

”Nasihat saya, jangan rush. Saya invest banyak masa saya berulang-alik selama 2 tahun melihat rumah. Ini kerana mencari aset yang berbaloi untuk jangka masa yang panjang bukanlah tugas yang mudah.”

Apapun, Daiyan memang power!

Peminatnya pun bersetuju apabila rata-rata menjadikan perkongsian Daiyan ini sebagai inspirasi untuk mereka mendapatkan rumah idaman sebelum mencecah usia 30-an.

BACA: Naim Daniel Beli Rumah Sendiri Pada Usia 22 Tahun

 

 

Published by
FZ