Natural Makeup Ala Jukyung Dalam ‘True Beauty’, Ini Tip Dari Penulis Webtoon

Share

Fangirl memang boleh related dengan drama yang satu ini.

Penulis sendiri tengah ‘gilakan’ drama Korea “True Beauty” ni. Berkesempatan menonton sehingga ke episod 12, tinggal satu lagi episod untuk menamatkan drama webtoon ini. Ternyata drama ini cukup menghiburkan malah membuatkan kita yang menonton terasa gembira dan asyik tersengih bak kerang busuk.

Drama romantik komedi remaja ini mengisahkan Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young), seorang pelajar sekolah menengah yang ceria dan optimistik yang sentiasa bersolek kerana tak yakin dengan wajah aslinya.

Terbaru, penulis webtoon True Beauty atau juga dikenali sebagai  The Secret of Angel muncul di YouTube Line Webtoon . Wanita cantik ini yang dikenali sebagai Yaongyi menerangkan petua, produk, dan juga jenama solek Jukyung dan Seojun’s True Beauty. Dia sendiri mengakui bahawa penampilan Jukyung mencerminkan jenis solek yang dia suka.

Dalam video tersebut, Yaongyi bongkar pelbagai produk yang selalu digunakannya, seperti bedak kompak, concealer, pensil alis, eyeliner, kusyen, dan gincu dari jenama terkenal. Tetapi untuk solek Jukyung, dia ‘menambah’ pemerah pipi merah jambu dan beberapa pembayang mata. “Bayangan mata penting untuk solek mata Jukyung,” katanya.

Menurut beliau, dia menggunakan pemerah pipi merah jambu yang lembut dan bersinar tetapi jangan terlalu banyak memerah pada bahagian lain dan tambahkan sedikit kontur pada wajah. Bagi bahagian bawah mata pula, gunakan eyeshow berwarna merah jambu beige yang menyerupai warna wajah yang asli.

Turut memberi tip buat kulit jerawat seperti Jukyung biasanya menghadapi masalah pengeluaran minyak yang berlebihan. Oleh itu, Yaongyi mencadangkan penggunaan bedak padat selepas kusyen. “Sekiranya wajah berminyak, solek dapat pudar dengan cepat, jadi akhirnya gunakan bedak sehingga hasilnya lebih lembut dan kelihatan semula jadi,” katanya.

Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik. So selamat mencuba tip dari  Yaongyi ini.

Sumber : Youtube WEEBTOON

Published by
Nana