Neelofa Ada Sebab, Mereka Pun Ada Sebab Untuk Tegur. Mufti WP, Caprice Dan Guest Kongsi Pendapat

Share

Dalam sibuk semua lapisan netizen mengecam dengan kata-kata yang sangat tak menyenangkan di media sosial berkenaan apa yang terjadi di pelancaran koleksi Be Lofa Shawl & Turban oleh Naelofar Hijab, beberapa figura tanah air sempat untuk berkongsi pendapat mereka terhadap isu tersebut.

Antaranya adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam petikan “Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa” yang dimuat naik oleh beliau di akaun Facebook Mufti Wilayah Persekutuan hari ini, beliau mengakui merasa khuatir atas tindakan Neelofa, pengasas dan pemilik kepada Naelofar Hijab yang meneruskan pelan untuk melancarkan koleksi terbaru di sebuah kelab.

Artikel Berkaitan: “Saya Boleh Agak Ia Akan Dipersoalkan, Tetapi..” Neelofa Beri Penjelasan SEBELUM Event Jadi Viral

Datuk Dr Zulkifli berkata, ia boleh menimbulkan persepsi ‘kemungkinan apa saja dibenarkan asalkan bertudung’.

“Kekhuatiran ini tak bermakna agama mengongkong wanita. Agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.”

Tambah beliau, tidak salah untuk jenama Naelofar Hijab mencari kelainan (dari segi tema dan konsep) untuk mempromosikan produk namun ia perlu mengelakkan fitnah dan tohmahan kerana matlamat sesungguhnya tidak menghalalkan cara.

Pesan beliau lagi, Neelofa dan ahli perniagaannya perlu menghayati syariat Islam yang sebenar dengan bertanya pendapat kepada ulama sebelum bertindak serta sentiasa memelihara imej wanita Islam yang bertudung dalam sebarang tindakan untuk perniagaannya yang berasaskan tudung.

Penyanyi-penulis lirik hip hop serta ahli motivasi, Caprice turut berkongsi sentimen yang sama dengan caption “Matlamat tidak menghalalkan cara. For me everything was ok because I couldn’t tell it was a night club. Until she confirmed it and I saw the dancing videos.”

Di dalam video terbarunya yang dimuat naik di Instagram, Caprice mengakui dia merupakan peminat setia Neelofa sejak hari pertama dia memasuki industri.

Dia juga cuba untuk melihat isu ini daripada sudut positif.

Namun…”The video of girls wearing tudung, dancing and shaking their booty in Zouk is cringe worthy to watch and i felt like this can hurt your brand.”

“Saya Berada Di Situ Dan Tak Semuanya Teruk Seperti Yang Digambarkan..”

Walaupun rakan media termasuklah REMAJA juga dijemput untuk meraikan koleksi Be Lofa dan sambutan hari jadi Neelofa yang ke 29, jujurnya acara semalam bukanlah sebuah acara berskala besar. Mungkin tidak sampai 200 orang pun yang berada di situ.

Namun, jika sudah namanya Neelofa yang terlibat sama, pastilah seluruh Malaysia akan mengetahui tentangnya.

REMAJA sempat untuk mengimbas kembali dengan jemputan media yang lain pada hari ini tentang apa sebenarnya yang terjadi semalam sehinggakan ia boleh sampai ke tahap viral seperti ini.

Pada pandangan guest atau para jemputan, acara semalam hanyalah acara gathering seperti yang biasa dilakukan oleh jenama pakaian dan solekan lain. Malah tiada hidangan beralkohol walaupun ia mengambil tempat di sebuah kelab. Bukannya seperti beberapa acara sebelum ini di mana minuman alkohol dihidang secara terang-terangan

Namun, ada beberapa aspek yang mungkin boleh difikirkan semula oleh pihak Naelofar Hijab sebelum mengadakan acara pelancaran pada masa akan datang.

Kongsi beberapa rakan kami:

01

Mungkin isu menari secara melebih-lebih tak akan timbul jika permainan Lip Sync Battle itu tidak berlaku. Dua lagi permainan lain seperti Charade dan Menghias Kek Hari Jadi adalah lebih ‘innocent’ berbanding Lip Sync Battle yang sememangnya melibatkan tarian.

Tambahan pula bila permainan ini melibatkan hadiah, lagilah peserta terlebih excited untuk menang sehingga sanggup berbuat aksi mengghairahkan. Lagipun, kan ada tetamu lelaki lain. Tak manis lah beraksi macam tu. Kami pun terkejut dengan tarian daring mereka.

02

Adalah lebih baik jika acara di tempat sedemikian dilakukan secara lebih tertutup demi menepati konsep, katanya. Elakkan pihak media dan jemputan lain daripada membuat video LIVE dan merekod acara tersebut menggunakan telefon.

Pihak Naelofar Hijab boleh saja menghantar gambar pada hari seterusnya melalui email kepada rakan media untuk tujuan promosi.

03

Tukar saja konsep.

Kami faham Naelofar Hijab mempunyai visi tertentu apabila tiba masa untuk acara pelancaran. Namun, kami percaya mereka mempunyai tenaga kerja yang cukup kreatif untuk mengeluarkan konsep alternatif yang melibatkan venue yang lebih sesuai. Kalau tak kreatif, tak adalah boleh sold out koleksi turban hari ini kan..

Apa-apa pun, benda sudahpun terjadi. Nak patah balik pun tak ada gunanya lagi. Lebih baik jika isu ini dijadikan pengajaran bukan saja kepada Naelofar Hijab malah kepada jenama terkenal di Malaysia yang lain juga sebelum membuat keputusan tentang acara masing-masing.

Bukan apa, rakyat kita ini memang prihatin dan sensitif terhadap isu seperti ini. Jadi kita perlu menghormati sensitiviti mereka dalam apa-apa aspek sekalipun.

Published by
FZ