Usahawan dan Dewi Remaja 2009/2010, Noor Neelofa tidak asing lagi dengan sesi siaran langsung di platform TikTok demi memperkenalkan produk-produk keluaran jenama miliknya kepada orang ramai.

Malah dengan kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, ibu kepada dua cahaya mata itu tetap tidak terlepas daripada rutin tersebut untuk kelangsungan perniagaan dan untuk memberi peluang kepada pengikutnya memperolehi produk kegemaran mereka pada harga berbaloi.

Begitupun, kalau korang ingin tahu, Neelofa juga mempunyai satu lagi rutin yang dilakukan secara berterusan pada bulan Ramadan.

Dalam salah satu sesi siaran langsungnya baru-baru ini, Neeloka berkongsi kemampuannya untuk duduk membaca kitab suci al-Quran selama berjam-jam ketika waktu pagi dan waktu petang pada setiap hari.

Rutin itu dimulakan Neelofa setelah menunaikan solat Subuh dan selama kira-kira empat jam, beliau akan membaca serta menelaah helaian Al-Quran. Hanya selepas berbuat sedemikian, barulah beliau merehatkan diri dengan tidur sebentar pada jam 11.00 pagi atau 12 tengah hari.

“Lepas bangun, saya ke dapur untuk siapkan makanan untuk anak-anak. Barulah saya sambung membaca Al-Quran selepas menunaikan solat Zohor, dalam empat jam juga.

Ads

“Habis sahaja… dalam pukul 4pm atau 5pm, saya akan naik ke (tingkat) atas, mandi. (Kemudian) tengokkan karipap, sediakan minuman jus, potong buah, sediakan apa yang patut. (Tapi) setakat ini saya baru sempat masak sekali sahaja kerana hari-hari mama akan hantar lauk. Jadi saya tak perlu masak, Alhamdulillah,” kongsi Neelofa.

Neelofa Baca Al-Quran Berjam-Jam Setiap Pagi & Petang, Bersyukur Mama Hantarkan Makanan Sepanjang Ramadan

BACA: Neelofa Pesan Pada Bakal Mendirikan Rumah Tangga -“Hiduplah Dengan Kemampuan Suami” – Remaja

Bilal Juga Sudah Terbiasa Dengan Rutin Neelofa

Kata orang, lenturlah buluh dari rebungnya dan Neelofa jelas mempraktikkannya bersama dua orang anak iaitu Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.

Ads

Antaranya termasuklah dengan menetapkan waktu tidur seawal 8.00 ke 8.15 malam agar mereka mampu bangun pagi usai waktu Subuh. Neelofa dan suaminya, Haris Ismail juga berjaya menitipkan semangat cinta terhadap Al-Quran terutamanya dalam diri Bilal yang kini semakin bijak dan ‘rancak’ bertutur.

“Pukul 6.30 petang, saya akan hamparkan sejadah, letak meja kecil, letak air sejuk, letak kurma. Sambil melakukan rutin-rutin ini, saya selang-selikan dengan bermain dan berinteraksi bersama anak-anak.

“Macam pagi tadi sewaktu ingin membaca Quran, Bilal menyahut, ‘Recite Quran! Recite Quran!’. (Ketawa kecil) Saya pun bacalah Quran. Alhamdulillah. MasyaAllah,” katanya.

BACA: “Saya Sudah Lakukan Bahagian Saya” Neelofa Minta Hentikan Kecaman, Akui Sudah Tegur Ameera Khan – Remaja

Ads

Haa, satu tip sekiranya kalau korang tak sempat untuk meluang masa selama Neelofa untuk membaca Al-Quran sepanjang Ramadan, beliau turut berkongsi cara berkesan iaitu dengan meletakkan Al-Quran bersaiz dempak (diletakkan di atas stand yang boleh dibeli secara dalam talian) di hadapannya ketika menunaikan solat dan membaca ayat-ayat suci yang tidak lazim beliau bacakan pada hari biasa.

Sambil menyelam minum air, sekurang-kurangnya kita tetap mendekati konten Al-Quran selain surah-surah pendek yang biasa kita lafazkan dalam solat. InsyaAllah, Ramadan tahun ini akan lebih bermakna daripada yang sebelumnya.

FOTO: Instagram // neelofa

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI