Masakan tidak, akhbar Utusan Malaysia, akhbar Kosmo serta portal di bawah kelolaan syarikat penerbitan tersebut banyak membantu untuk menaikkan nama selebriti tempatan sejak peringkat awal karier mereka.
Antara yang sedih mendengar akan berita penutupan tersebut ialah Neelofa, Syafiq Kyle, Wany Hasrita, Lan Solo, Khai Bahar dan beberapa lagi. Akaun media sosial menjadi medan bagi mereka bersimpati dan mengajak followers
masing-masing bagi menghulurkan bantuan.
“Saya sedih mendengar keadaan semasa di Utusan. Mereka banyak membantu karier Lofa dari awal. Jadi, saya ingin cuba membalasnya. Kalau korang kenal sesiapa daripada jabatan sumber manusia di syarikat yang sedang mencari pekerja, sila nyatakan di bawah.
“Diharap dengan kerjasama semua, kita boleh membantu mereka mencari pekerjaan baru secepat mungkin.”
“Utusan adalah salah satu rakan media yang banyak membantu Wany sepanjang dalam industri. Sudilah hulurkan bantuan kepada mereka di Utusan.”
“Jujur, Syafiq speechless bila membaca tentang keadaan Utusan dan Kosmo hari ini. Terkejut sebab tak percaya operasi dua akhbar ini akan dihentikan.
“Mari kita sama-sama bantu mereka. Selama ini, akhbar-akhbar ini yang banyak membantu kerjaya Syafiq. Semoga semuanya baik-baik untuk warga Utusan dan Kosmo.”
“Dugaan besar untuk sahabat-sahabat media kami. Moga dipermudahkan segala yang sulit, amin.”
*
Sementara itu, selebriti lain seperti Scha Al-Yahya, Khai Bahar turut berkongsi posting yang sama untuk membantu keadaan staf di Utusan yang sedang dilanda krisis hilang kerja, di akaun media sosial masing-masing. REMAJA turut terlihat komen daripada Sarimah Ibrahim dan Haiza yang berduka cita.
Bagi yang ingin menyumbangkan wang tunai, korang boleh menghulurkan terus ke akaun National Union of Journalists (NUJ) Malaysia seperti di bawah:
Akaun Semasa CIMB 80-0082256-0
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!