Peminat selebriti dan entrepreneur, Neelofa umumnya tahu bagaimana dia sekali lagi telah dijemput untuk menghadiri beberapa pertunjukan fesyen antarabangsa pada Februari lalu.

 

Di antara pertunjukan yang dihadiri Neelofa termasuklah Fendi, Prada, MaxMara, Bottega Veneta dan Versace di Milan. Sebelum dia dan kru sempat untuk ke Paris bagi pertunjukan Louis Vuitton dan Dior, berita mengenai penutupan bandar Milan akibat wabak Covid-19 telahpun mengejutkan seluruh dunia.

Selama ini, kita hanya tahu keadaan kritikal berlaku di China dan Korea Selatan. Bagaimana pula Milan di Itali boleh terlibat sama?

Neelofa Kongsi Bagaimana ‘Terlepas’ Daripada Kuarantin Di Milan Semasa Minggu Fesyen

Ads

Neelofa merupakan antara tetamu yang sempat untuk mengelak daripada dikuarantin dan tidak dibenarkan terbang keluar dari Milan. Menerusi sesi Instagram Live bagi segmen ‘Berseorangan Bersama..’ sebentar tadi, dia telahpun berkongsi pengalamannya itu kepada penonton.

“25 haribulan Februari menandakan show pertama akan berlangsung di Paris. Jadi pada masa itu, saya masih di Milan dan sedang bersiap sedia untuk parti Michael Kors. Sepatutnya parti tersebut bermula pada jam 6.00 petang.

“Saya tiba-tiba mendapat mesej mengatakan parti tersebut telah dibatalkan. Pertunjukan fesyen Armani juga dibatalkan. Jadi berita tersebut mengejutkan semua tetamu.

“Ini kerana beberapa hari sebelum itu, semua orang menjalankan hidup seperti biasa. Lokasi pelancong sibuk seperti biasa. Tiada siapa pun yang bercakap tentang virus Corona.

Ads

Thank god, pada malam itu saya putuskan untuk stay in di dalam hotel dan kemaskan beg untuk penerbangan keesokan hari ke Paris. Seawal jam 7 pagi, saya sudah perlu gerak ke lapangan terbang.

Neelofa Kongsi Bagaimana ‘Terlepas’ Daripada Kuarantin Di Milan Semasa Minggu Fesyen

“Tiba saja di Paris, saya melihat berita mengatakan Milan sudah dalam status lockdown. Alhamdulillah kami sempat keluar, jika tidak kami juga tersekat di sana untuk beberapa hari.

“Di lapangan terbang Milan pada waktu itu, semua sudah bertopeng secara drastik. Sekurang-kurangnya di Malaysia kita mempunyai fasa untuk perlahan-lahan menerima berita kawalan pergerakan ini.

Ads

“Di sana segalanya berubah dalam masa semalaman saja. Mereka tidak diberikan langsung pilihan kecuali untuk ikut saja perintah berkurung.

“Jadi kita sepatutnya belajar daripada apa yang terjadi di Milan dan chill. Jangan terus buat pembelian panik, jangan teringin sangat keluar dari rumah,” jelas Lofa.

*

Takut juga bila dengar pengalamannya itu. Nasib sempat!

https://www.remaja.my/blur-nak-makan-mana-bila-perintah-kawalan-pergerakan-nah-promosi-take-away-dan-delivery-kaw-kaw/

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI