Neelofa Tersipu Terima Bunga & Pujian Daripada Kru Kabin AirAsia

Share

Aww, walaupun penulis tak pernah lagi diberikan bunga di dalam kabin penerbangan, tapi penulis boleh bayangkan betapa segan-tapi-bangga jika ia berlaku kepada sesiapapun. Semalam, hanya Noor Neelofa saja yang tahu bagaimana perasaan tersebut.

Dalam perjalanan menaiki penerbangan AirAsia AK710 dari Singapura ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis anugerah Women Of The Future South East Asia, Neelofa yang sedang duduk selesa di bahagian kelas ekonomi telah dikejutkan dengan satu pengumuman oleh kru kabin.

Ia berbunyi, “Kami mempunyai satu pengumuman istimewa untuk dibuat. Penerima anugerah Woman of Future South East Asia baru saja pulang dari acara tersebut semalam di Singapura. Anugerah ini mengiktiraf ‘young female stars

‘ dengan pencapaian yang membanggakan.

“Mereka juga terus-menerus memperkasakan kedudukan dan kesungguhan wanita sebaya, lalu membanggakan semua wanita di seluruh dunia.”

Sambil Neelofa terus tersipu malu di tepi, kru kabin meneruskan ucapan, “Salah satu kategori anugerah tersebut adalah untuk creative rising stars di dalam industri seni. Hari ini, kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Cik Noor Neelofa untuk pencalonan anugerah Woman Of The Future untuk kategori Arts & Culture rantau Asia Tenggara.

“Mewakili AirAsia, kru kabin ingin menawarkan sejambak bunga sebagai tanda tahniah. Kami amat berbangga dengan pencapaian kamu.”

Comel je Neelofa apabila dia cuba untuk bangun dari tempat duduk untuk menerima jambakan tersebut, but end up, hanya berdiri separuh saja (mungkin kerana ruang kaki tempat duduk yang tidak mengizinkan). Hehe..

Selain mengucapkan terima kasih dan “Oh my goodness, this is so..”, dia juga sempat untuk bergambar bersama semua kru kabin selepas penerbangan itu selamat tiba di Kuala Lumpur.

Neelofa bersama ‘wanita kuat’ dari Astro, AirAsia dan pemenang kategori Arts & Culture, Laura Mam dari Kemboja.

 

Untuk pengetahuan korang, kategori Arts & Culture ini mengiktiraf penglibatan dan kerja keras individu kreatif dan rising stars dalam kalangan penggiat seni seperti pelakon, produser, pengacara, penari dan sebagainya.

Neelofa dicalonkan bersama 6 lagi wanita hebat dalam kategorikan tersebut melalui tiket sebagai pengasas dan pengarah pengurusan NH Prima International Sdn Bhd (Malaysia). Pemenang kategori Arts & Culture pada tahun ini ialah Laura Lam dari Kemboja. Wakil Malaysia yang turut tercalon dalam kategori sama ialah pelakon dan penyanyi, Hannan Azlan.

Neelofa (paling kiri) bergambar bersama calon lain dari Malaysia dalam kategori berbeza.

 

Dalam beberapa posting yang dimuat naik oleh Neelofa pada malam anugerah tersebut, dia menyebut mengenai perasaan bangga untuk menjadi salah seorang daripada calon wanita dari Malaysia.

“Saya dapat mendengar cerita kejayaan wanita hebat di sini, dan ia mengingatkan saya bahawa kita bertuah dapat hidup dalam zaman di mana usaha keras golongan wanita selalu diiktiraf. Saya merasa kecil apabila berdiri bersebelahan mereka namun ia memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa berusaha lebih baik pada masa akan datang.

 

Published by
FZ