Neelofa Terus Lakar Kejayaan Bidang Fesyen Dengan Kolaborasi Giuseppe Zanotti

Share

 

Tahun 2019 terbukti menjadi tahun hebat untuk selebriti, Noor Neelofa dalam arena fesyen tanah air dan di peringkat antarabangsa.

 

Terbaru, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira apabila dia dapat berkolaborasi dengan pereka kasut terkenal dari luar negara iaitu Giuseppe Zanotti.

Giuseppe Zanotti merupakan pereka kasut pilihan ramai selebriti kelas-A dari Hollywood. Antara nama terkenal yang pernah menggayakan koleksi beliau termasuklah Kim Kardashian, Heidi Klum, Bella Hadid, Anne Hathaway dan ramai lagi.

Kini, tiba giliran Neelofa pula untuk menyertai senarai tersebut dan beliau bukan saja dapat memakainya guys. Neelofa akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kasut tumit tinggi bernama ‘Liza’ bersama Zanotti.

2 rekaan tersebut ialah Dazzling Liza for Neelofa yang mempunyai perincian fabik baldu biru cair bersama kristal. Manakala Mirror Liza for Neelofa pula menggunakan fabrik kulit metalik berwarna silver dan rose gold.

Dazzling Liza for Neelofa
Mirror Liza for Neelofa

Menurut rakan media di L’Officiel yang menemuramah Zanotti, beliau menggambarkan Neelofa sebagai, “Seorang wanita moden, yakin, tidak gentar dengan stail peribadinya yang memberikan inspirasi.”

*

Bagi pihak Neelofa pula, dia menganggap kolaborasi ini sebagai impian setiap fesyenista perempuan di luar sana. “Pertama kali saya memiliki kasut Giuseppe Zanotti adalah kira-kira 10 tahun lalu. Saya berharap peminat saya akan menyukai koleksi ini dan memakainya dengan gembira.”

Koleksi ‘Liza’ ini akan dilancarkan di butik Giuseppe Zanotti Pavilion pada akhir bulan November.

*

WEB SERIES DEWI REMAJA 2019 : EPISOD 2

 

Published by
FZ