Neelofa Tidak Akan Buat Kemunculan Di KLFW 2019? Sebabnya..

Share

 

Semalam, pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week Ready-To-Wear 2019 telahpun bermula dengan kemunculan pelbagai jenama fesyen tempatan memperagakan koleksi terbaru mereka untuk tahun ini.

 

Ini juga adalah peluang bagi para fesyenista dan selebriti menampilkan gaya luar dari kebiasaan pada setiap hari. Namun bukan stail selebriti semalam yang mencuri tumpuan penulis tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Noor Neelofa menerusi akaun Twitter-nya.

Korang semua tahu Neelofa adalah nama wajib di KLFWRTW. Semua peminatnya dan pemerhati fesyen ingin melihat stail apakah yang akan digayakannya pada setiap tahun.

BACA: Throwback Dewi Remaja Paling Menonjol Di Pentas Catwalk KLFW 

Namun menerusi kenyataan terbuka, Neelofa mengesahkan dia tidak dapat menghadiri acara tersebut pada tahun ini atas faktor kesihatan. Setelah pulang dari mengerjakan ibadah Haji, Neelofa telah dijangki dengan virus Influenza A dan dinasihatkan untuk berehat di rumah bagi tempoh seminggu.

 

 

“Saya memohon maaf kepada klien, partners dan sesiapa yang telah menetapkan temujanji dengan saya pada minggu ini. Saya terpaksa menolak kesemua jemputan (termasuklah ke acara KLFWRTW) kerana virus ini berjangkit.

“Doakan saya cepat sembuh pada minggu hadapan dan boleh bekerja semula,” pintanya.

Neelofa menggayakan Max Mara pada tahun lalu.

Nampaknya, kempunanlah kita untuk melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu. Apapun, REMAJA doakan syafakallah Neelofa!

Published by
FZ