Walaupun bencana banjir kilat dan cuaca tidak menentu berlaku setiap tahun dibeberapa negeri di Malaysia. Namun, negara kita masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kelebihan geografi yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
Namun, mengejutkan orang ramai apabila pakar menyatakan bahawa negara Malaysia bakal dilanda tidak lama lagi. Hal ini selepas Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan memberi amaran kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya negara ini bakal dilanda gempa besar sehingga 7 magnitud susulan siri gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.
“Melihat kepada subduction zone (garis sesar besar plat bumi yang bergerak secara pugak) di Sumatera misalnya boleh berlaku gempa kuat sehingga 9.5 magnitud.”
“Bagi Malaysia pula, kawasan Semenanjung dijangkakan boleh berlaku gempa sehingga 6 magnitud sementara di Sabah boleh mencecah 7 magnitud,” katanya seperti dipetik portal tempatan.
Ujarnya, gempa bumi besar di Turkiye dan Syria tidak mempengaruhi berlakunya gempa di Malaysia. Tetapi gempa yang berlaku di Indonesia dan Jepun mampu mempengaruhi keaktifan Lingkaran Api Pasifik dan seterusnya menambah kemungkinan berlaku gempa di Malaysia.
Tertumpu Di Sabah
Ads
Menurut Pakar Geologi Pusat Kajian Bencana Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Felix Tongkul pula, kebanyakan gempa bumi kuat di Malaysia tertumpu di beberapa lokasi di Sabah.
“Kejadian gempa bumi besar di Indonesia dan Filipina misalnya tidak menghasilkan pergerakan plat bumi yang signifikan untuk menghasilkan gempa bumi besar di Malaysia.”
“Tetapi gempa bumi yang kuat dari Indonesia dan Filipina yang terletak berdekatan Sabah (misalnya di kawasan Laut Sulu atau Laut Sulawesi) boleh mencetuskan pergerakan bumi di Sabah yang mungkin akan menghasilkan gempa bumi besar.”
Kata beliau lagi, hal ini disebabkan Sabah terletak pada plat bumi yang kurang stabil dan berdekatan dengan plat bumi tidak stabil dari Filipina. Tambah Profesor Dr Felix, “Antara kawasan yang paling tinggi risiko gempa bumi berlaku ialah seperti di Lahad Datu, Kunak, Ranau dan Kudat.”
Reka Bentuk Bangunan Kalis Gempa
Ads
Berikutan itu, Profesor Dr Azlan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi berdepan dengan bencana alam itu seperti melaksanakan reka bentuk bangunan kalis gempa.
“Semua bangunan perlu melaksanakan reka bentuk kalis gempa bumi menggunakan panduan Standard Malaysia yang telah diterbitkan pada tahun 2017.
“Kedua, pembinaan bangunan harus mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang telah ditentukan oleh panduan tersebut.”
“Seterusnya, bangunan yang telah dibina terutama yang lama dan yang penting seperti sekolah dan hospital, perlu dinilai semula kekuatannya sama ada boleh bertahan atau perlu dibaik pulih,” katanya.
Selain itu, beliau turut menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan pematuhan undang-undang reka bentuk gempa dan menghasilkan peta risiko gempa bumi. Ini adalah bagi perancangan pembangunan pada masa akan datang dan persediaan untuk menghadapi bencana tersebut di kawasan mereka.
Ads
Menurut laporan, gempa berukuran 6 magnitud yang melanda Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015 dengan 18 orang menjadi korban adalah gempa bumi terkuat pernah melanda negara.
Apapun kita sebagai seorang muslim marilah berdoa agar Malaysia terus dilindungi dari bahaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika kebiasaannya haiwan kesayangan seperti kucing atau anjing dipilih untuk dibawa bersiar-siar di luar rumah, namun kini ikan peliharaan pun sudah boleh dibawa jalan-jalan! Agak-agak korang macam manalah gayanya nak bawa ikan keluar rumah bersiar-siar?
Umum sedia tahu, ikan adalah hidupan di dalam air dan memerlukannya untuk terus hidup. Jadi bagaimanakah caranya untuk bawa ikan jalan-jalan?
Baru-baru ini, seorang lelaki dari Taipei telah menarik perhatian warganet oleh ciptaannya sendiri dengan akuarium ikan boleh dibawa ke mana sahaja.
Perkara ini bermula apabila terdapat individu telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang membawa ikan peliharaan berjalan-jalan menggunakan alat yang berbentuk seperti tangki ikan yang boleh ditolak menggunakan roda.
Lebih praktikal lagi, tangki ikan tersebut dilengkapi dengan sistem penapisan berkuasa bateri, pam udara untuk oksigen serta sistem pencahayaan yang membolehkan tangki ikan itu digunakan pada waktu malam.
Lelaki tersebut yang merupakan seorang YouTuber DIY popular dari Taiwan yang bernama Huang Xiaojie atau dikenali sebagai Jerry.
Jerry yang memiliki 555,000 subscribers telah berkongsi video sepanjang proses dia mencipta akuarium itu. Menurut Jerry, proses pembuatan akuarium ini adalah satu cabaran sukar tetapi berasa puas hati apabila ciptaannya itu berjaya digunakan.
Wah…untungnya jadi ikan emas kan, dapat bersiar-siar di taman…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi yang bertiup selama beberapa minggu kebelakangan ini akhirnya telah disahkan oleh empunya badan yang kini – ahem – berbadan dua.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telahpun mengumumkan bahawa dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Setelah dikurniakan dengan kelahiran Siti Aafiyah Khalid pada tahun 2018, TokTi kini telahpun disahkan hamil selama 4 bulan.
“Alhamdulillah. Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan suami terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa yang mengenali kami.
“Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih,” catat TokTi.
Tambah TokTi, dia melalui proses yang sama iaitu In Vitro Fertilization (IVF) untuk kehamilan kedua ini.
“Saya pada masa itu merasa 50-50. Tak tahulah, mungkin kerana kita pernah melalui kegagalan dahulu (menerusi IVF sebelum kehamilan Aafiyah). (Tapi) Allah bagi rezeki lagi kepada saya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika tahu saya telah hamil.
“Saya pun dah prepare untuk berehat. Tambahan pula dengan situasi pandemik ini, saya pun tidak ke mana-mana.
“Mengenai perasaan Aafiyah pula, dia tahu baby tu apa. Kali ini saya banyak menunjukkan gambar seperti X-ray dah sebagainya. Dan apabila saya bertanya mana baby ibu, dia akan datang dan cium perut saya. Sekarang dia memang manja dengan saya,” katanya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat TokTi seisi keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apam Balik, sejenis pencuci mulut yang cukup menggiurkan setiap mata yang memandang.
Disajikan dengan pelbagai pilihan inti manis seperti kacang tanah, gula, dan kadang-kadang jagung krim atau kelapa parut, apam balik menggambarkan keharmonian dan kekayaan pelbagai gabungan rasa dalam setiap gigitan.
Maka tidak hairanlah apabila laman web terkemuka TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan Apam Balik sebagai pankek ke-35 paling sedap di dunia.
Dilaporkan, Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5. Wow!
Bagi kategori hidangan pankek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.
Crepe, hidangan cukup manis yang kebiasaannya dihidang bersama sos coklat dan buah-buahan.
Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu pankek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.
Pankek tradisional berasal dari Kanada.
Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.
Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: TRPBM, Taste Atlas
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya...