Negara Paling Berjaya Di Miss Universe, Bukan Semua Cemerlang. Ini 4 Wakil USA Gagal Bergelar Semifinalis

Share

Pertandingan Miss Universe merupakan pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Semua pesertanya mengimpikan untuk memegang takhta tersebut kerana ia mampu mengubah kehidupan mereka. Namun bukan semua yang bernasib baik.

Ahad lalu, Miss Universe telahpun memahkotakan pemenang yang ke 71 dan ia menjadi milik wakil Amerika Syarikat (USA), R’Bonney Gabriel. Kemenangannya itu menjadikan negara tersebut memiliki sembilan wakil bergelar Miss Universe.

Sejak tahun 1952, wakil USA sentiasa berjaya menjadi salah seorang peserta semifinalis. Namun tahukah anda, dalam kejayaan yang diraih itu terdapat empat wakil USA yang tidak mendapat sebarang tempat sekaligus tidak bergelar semifinalis.

BARBARA PETERSON

Merupakan Miss USA 1976, Barbara Peterson gagal bergelar semifinalis dan dia menjadi peserta pertama dari negara tersebut yang gagal mara ke peringkat yang seterusnya. Kini pada usia 70 tahun dia mengabdikan dirinya kepada kerja-kerja amal.

KIMBERLEY PRESSLER

Memenangi gelaran Miss USA pada usia 22 tahun, Kimberley menjadi Miss USA kedua yang gagal mara sebagai semifinalis. Kini dia merupakan seorang pengacara dan juga wartawan sukan untuk saluran televisyen FOX.

ARTIKEL BERKAITAN: Diyakini Cantik Asli Tanpa Pembedahan Plastik, Gadis Berusia 22 Tahun Dinobat Sebagai Miss Vietnam 2022

SHAUNTAY HINTON

Kemenangan Shauntay pada tahun 2002 menjadikan dia sebagai Miss USA ke 50 dan wakil USA ketiga yang gagal mendapat sebarang tempat. Dalam pertandingan Miss Universe yang diadakan di Puerto Rico, dia kalah kepada Oksana Federova yang sehingga kini dianggap sebagai Miss Uniiverse paling cantik dalam sejarah pertandingan itu. Selepas pertandingan dia aktif sebagai pelakon.

RIMA FAKIH

Wanita berketurunan Lebanon ini ketika kemenangannya menjadi individu beragama Islam pertama yang memenangi gelaran Miss USA. Kemenangannya ketika itu mencipta pelbagai reaksi. Walaupun begitu nasib Rima tidak terlalu cerah apabila dia menjadi wakil keempat Amerika Syarikat yang gagal mendapat tempat di pentas Miss Universe. Rima kini sudah  berkahwin dengan jutawan dan memiliki tiga orang cahaya mata.

Kenapa agaknya mereka tidak berjaya ya? Sedangkan pertandingan itu sering dikaitkan dengan USA kerana pemilik pertandingan ketika itu sebelum ini merupakan warganegara Amerika Syarikat.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen