Malaysia telahpun menobatkan Sandra Lim sebagai Miss Universe Malaysia 2024 pada malam kemuncak yang berlangsung pada 6 September lalu. Sandra, 23 mengenepikan saingan 15 peserta lain sekaligus bakal mewakili negara ke pertanidngan Miss Universe, November ini di Mexico.
Sandra seperti yang diketahui ramai bukanlah nama baharu dalam dunia pertandingan ratu cantik. Malah, graduan ijazah sarjana muda Komunikasi Massa daripada City University Malaysia ini adalah merupakan naib juara pertandingan Miss Global 2022 yang berlangsung di Indonesia, tidak lama dahulu.
Bukan hanya raut paras anggun yang dimilikinya menjadi aset bernilai bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia di Mexico kelak. Malah, Sandra juga seorang gadis yang cukup berdedikasi dalam memperjuangkan hak pendidikan buat kanak-kanak kurang bernasib baik dan ingin meneruskan misi tersebut selaku Miss Universe Malaysia.
“Saya menyertai pertandingan ini dengan penuh bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai Miss Universe Malaysia. Gelaran ini adalah satu tanggungjawab baharu yang perlu saya pikul ke peringkat antarabangsa.
“Dalam temubual tertutup tempoh hari, saya memaklumkan bahawa saya sudah bersedia untuk membuka pintu baharu bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk negara kita.
Ads
“Saya rasakan semangat kenegaraan ini sudahpun sebati dalam diri saya. Saya tahu rakyat Malaysia adalah masyarakat yang paling bertolak ansur, mesra dan saling membantu. Saya percaya kualiti itu ada dalam diri saya sendiri. Moto saya, just be authetic and genuine to all the people you meet,” ulasnya usai dimahkotakan dengan tiara ‘Women Empowerment’ rekaan J & KEL’L Creation oleh Pengerusi Organisasi Miss Universe Malaysia, Datin Wira Livonia Ricky Guing.
Jangkauan Tinggi Pada Diri Sendiri
Dalam pada itu, sewaktu ditebak siapakah saingan terdekatnya sepanjang pertandingan, Sandra menolak andaian kononnya pertandingan ratu cantik sebegini menjadi medan pertelagahan sesama gadis.
Sebaliknya, beliau tidak melihat rakannya sebagai pesaing malah mereka katanya kekal menyokong antara satu sama lain memandangkan mereka lebih memahami cabaran yang perlu dihadapi.
Ads
“Jika hendak diikutkan, saya rasa sayalah yang memberi tekanan terhebat terhadap diri sendiri, bukannya individu lain. Saya meletakkan expectation yang cukup tinggi terhadap diri sendiri dan cuba menjadi versi ‘Sandra Lim’ sesempurna mungkin
“Mujur, saya tersedar bahawa bukan kesempurnaan yang perlu saya kejar tetapi ketulenan diri serta hati untuk membawa perubahan terhadap perjuangan Malaysia di peringkat Miss Universe,” katanya.
Ads
Sebagai info, edisi Miss Universe Malaysia 2024 menampilkan kelainan apabila 50 peratus daripada markah penjurian hadir daripada undian masyarakat. Ini adalah langkah baharu yang cuba diambil oleh organisasi agar suara peminat ratu cantik yang sentiasa memberikan sokongan padu mereka akan didengari.
16 pesertanya juga diadili sewaktu acara bootcamp dan sepanjang minggu pertandingan menjelang ke malam penentunya, Jumaat lalu. Seorang Miss Universe Malaysia menurut organisasi haruslah bijak membawa diri secara natural dan bukannya sekadar beraksi cemerlang untuk beberapa jam di atas pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari kesepuluh Festival Filem Cannes 2024 sekali lagi menjadi tumpuan – bukan disebabkan kehadiran selebriti dalam ballgown dempak di atas karpet merah – tetapi disebabkan kemunculan Bella Hadid dalam persalinan gaun berfabrik Keffiyeh.
Bella yang merupakan model antarabangsa berdarah kacukan Belanda-Palestin tampil di kawasan pantai Croisette dalam gaun vintaj dari tahun 2001 rekaan Michael & Hushi itu dipercayai sebagai tanda bantahannya terhadap kekejaman rejim Zionis yang terus-menerus membedil kawasan tempat duduk rakyat Palestin.
Sambil menikmati aiskrim gelato, Bella juga dilihat lebih selesa dengan gaya kasual bersama sepatu Gucci, scrunchie rambut berjenama Sandy Liang, kaca mata tanpa bingkai dan anting-anting keemasan.
Menerusi hantaran Instagram Stroy, Bella mengesahkan niat di sebalik gayanya itu dengan kapsyen #michaelandhushi @hushi5 Archival 2001 kiffeyeh dress Free Palestine forever.
Terdahulu, rekaan seakannya oleh pereka fesyen yang sama pernah digayakan oleh karakter Sarah Jessica Parker, Carrie Bradshaw dalam salah satu episod drama Sex and the City.
Sebagai info, fabrik Keffiyeh ialah fabrik tradisi yang merupakan simbol kepada identiti serta solidariti rakyat Palestin. Ia cukup mudah untuk dikesan dengan paten yang setiap satunya mempunyai maksud berbeza bagi menceritakan kebudayaan masyarakat Palestin sebenar.
Model berusia 27 tahun itu dan kakaknya, Gigi Hadid sememangnya merupakan segelintir kecil daripada selebriti antarabangsa yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara mereka sejak beberapa tahun lalu. Malah Bella pernah menyertai perarakan bagi membantah tindakan rejim Zionis di Brooklyn, New York.
Semangat Bella ini hadir disebabkan latar belakang ayahnya sendiri, Mohamed Anwar Hadid yang dilahirkan dalam keluarga Muslim Palestin dan kerana sifat kemanusiaan yang ada dalam diri Bella sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang pernah menonton rancangan realiti Kimora: Life In The Fab Lane yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007 hingga tahun 2011, pasti korang masih ingat akan kelibat dua orang anak perempuan Kimora Lee Simmons.
Kimora yang juga merupakan seorang bekas model terkenal, usahawan dan pereka fesyen yang mengusahakan jenama Baby Phat lebih sedekad lalu kini boleh berbangga dengan pencapaian dua orang anak daranya; Ming Lee Simmons, 21 dan Aoki Lee Simmons, 18. Dahulu, mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang petah bercakap dan comel di hadapan skrin televisyen.
Pejam celik, Ming Lee dan Aoki Lee kini telah menginjak ke usia remaja dan mulai bijak membawa haluan masing-masing mengikut minat dan bakat mereka.
Baru-baru ini contohnya, Aoki yang juga bergelar penuntut Universiti Harvard telah meluangkan masanya daripada kesibukan belajar di kampus untuk berjalan sebagai seorang model di pertunjukan fesyen Pyer Moss sempena Minggu Fesyen Couture Paris.
Kami masih ingat keletah Aoki semasa kecil dahulu yang memang meminati fesyen dan selalu melakukan ‘catwalk’ di hadapan Kimora. Kini Aoki telah merealisasikan impiannya untuk bergelar seorang model di pentas peragaan jenama yang bukan di bawah kendalian ibunya.
Koleksi Pyer Moss ini telah mendapat perhatian ramai apabila ia merupakan kali pertama koleksi sebuah jenama fesyen milik seorang pengasas berkulit hitam iaitu Kirby Jean-Raymond dipertontonkan di Minggu Fesyen Couture Paris.
Sebagai salah seorang modelnya, Aoki diberikan persalinan pantsuit dengan corak checkered berwarna coklat dengan aksesori papan catur di atasnya blazer serta seluar yang dipakainya.
“Terima kasih kerana memilih saya, percayakan saya untuk memperagakan karya genius anda, dan kerana memberikan saya pengalaman pertama di pentas peragaan haute couture yang tidak akan saya lupakan. Saya akan sentiasa bersyukur untuk pengalaman ini,” catat Aoki di Instagram.
Biarpun ibu bapanya iaitu Kimora dan Russell Simmons kini tidak lagi bersama, masing-masing amat komited dengan soal dua orang anak mereka dan mengucapkan rasa bangga terhadap Aoki di media sosial atas pengalamannya kali ini.
Untuk pengetahuan, Aoki diterima masuk ke Universiti Harvard pada usia 16 tahun atas merit dirinya sendiri dan bukan disebabkan populariti ibu bapanya. Selain Universiti Harvard, Aoki juga menerima tawaran daripada Dartmouth College, Vassar College, Barnard College dan beberapa lagi institusi berprestij lain di Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ming Lee pula sedang bergelar pelajar di New York University (NYU).
Selain Ming Lee dan Aoki Lee, Kimora juga merupakan ibu kepada Kenzo (anak lelaki bersama bekas kekasihnya, Djimon Hounsou) dan Wolf Lee (anak lelaki hasil perkahwinan dengan Tim Leissner). Pada tahun lalu, Kimora dan Tim telah mengambil seorang anak angkat bernama Gary yang berusia 10 tahun.
Seperti yang korang tahu, majlis pernikahan dan resepsi di antara Mira Filzah dan Wan Emir Astar terpaksa diawalkan dari bulan Oktober ke bulan September kerana kekangan jadual penerbangan oleh kakak Mira.
Beliau perlu kembali ke Amerika Syarikat disebabkan oleh penguatkuasaan wabak COVID-19 yang lebih ketat di sana.
Apapun, perubahan jadual majlis ini sama sekali tidak menjadi isu untuk jurusolek Mira Filzah, Yana Sakinah terutamanya untuk solekan akad nikah.
“Selama hampir 5 tahun Kina menjadi jurusolek untuk apa saja jenis solekan untuk Mira. Tapi untuk akad nikah, memang Kina paling nervous untuk jadikan Mira lain daripada look yang Kina biasa solekan,” jelasnya.
Untuk solekan akad nikah ini, Kina mengurangkan penggunaan pemerah pipi untuk mendapatkan efek natural. Kina juga menaikan seri Mira dengan bibir merah jambu dan pembayang mata yang sedikit mengilat.
“Ramai yang suka Mira dengan solekan natural. Jadi solekan ini berkonsepkan ‘not to much, not too less’.”
Jom lihat langkah-langkah yang dilakukan oleh Yana Sakinah sebelum itu.
01
Sebelum memulakan langkah solekan, Kina mempersiapkan kulit Mira agar sentiasa kelihatan bermaya dan berseri. Dia meratakan serum dan pelembap wajah daripada jenamanya sendiri, Doctox YNA Sakinah. Ia terdiri daripada Ouli Serum dan Aqua Moisturizer.
Persediaan awal ini juga berkesan untuk membuatkan solekan tahan lebih lama, mudah blend dan tidak crack.
02
Untuk bahagian bibirnya pula, korang boleh mencuba lipstik edisi terhad Luna for the Bride yang dilancarkan oleh Luna Skinz HQ pada hari sama dengan akad nikad Mira Filzah.
Tak perlu nak tunggu nak kahwin baru boleh cuba solekan seperti ini.
REMAJA rasakan solekan ini boleh korang bawa dari daylook ke waktu malam untuk sebarang acara.
Jom lihat cara solekan Emma Maembong pula pada hari perkahwinannya.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...