Negeri Kelantan Terima Sultanah Selepas Pengisytiharan Che Puan Diana Petra

Share

 

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Sekaligus, perlantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan; pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmah Yakob. Dalam perucapannya, ia memberitahu bahawa pengisytiharan dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

ARTIKEL BERKAITAN : “Saat Paling Susah Dalam Hidup Saya.” Isteri Sultan Kelantan Kongsi Mesej Istimewa Selepas Selamat Lahirkan Putera – REMAJA

”Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan’.

”Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan; Tengku Muhammad Fa-iz Petra,” umumnya.

Dengan ini, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.

BACA LAGI : Kereta Milik Tunku Temenggong Johor Digesel, Bukti Kelakuan Pesalah Berjaya Dirakam – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ