Selebriti pada zaman ini nyata berlainan daripada zaman-zaman dahulu.
Meski berbekalkan bakat dan rupa paras menarik, itu tidak mencukupi untuk selebriti tempatan mendongak dagu ke langit. Ramai yang memilih untuk memiliki pelan ‘back-up’ demi kesejahteraan pada masa hadapan sekiranya sesuatu yang tak dijangka terjadi.
Salah seorang daripada golongan tersebut ialah pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2011/2012 dan pelakon ‘sado’, Saharul Ridzwan.
Dalam perkongsian terbaru ayah kepada dua orang cahaya mata itu di Instagram, Saharul mengimbas kembali zaman di mana dia ‘bergelut’ untuk mencapai cita-cita sebagai seorang pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Teknologi Penyelenggaraan Pesawat.
Sewaktu belajar di Kolej Tefal Seremban, Negeri Sembilan, Saharul berkongsi bahawa dia nekad tersenarai bagi Anugerah Dekan pada setiap semester.
“Awal-awal masuk, saya memang nak dapatkan dean’s list bagi setiap semester. Jadi banyak benda yang saya kena korbankan.
“Tiga tahun fokus betul-betul, bila kawan-kawan ajak ke KL ‘huha huha’, saya sabar dan duduk terperap di kolej untuk belajar. Alhamdulillah, saya dapat keputusan macam ni,” catatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Tak Pernah Salah Alamat – Nadhir Nasar
Setiap Pemenang Ada Pengorbanan
Saharul turut menitipkan pengajaran yang boleh diambil daripada pengalamannya itu. Walaupun kini tidak mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya untuk tujuan kerjaya, dia merasakan pengalaman tersebut telah banyak membantunya menjadi seorang yang lebih baik sekarang.
“Sama sebenarnya bila kita apply dalam kehidupan sekarang. Kalau kita hendakkan sesuatu impian, nekad sungguh-sungguh dan bersedialah untuk korbankan sesuatu.
“Kena yakin apa yang kita korbankan itu setimpal dengan kejayaan yang kita akan dapat nanti. Yang penting doa, tawakal, usaha dan sabar. InsyaAllah.”
Betul tu Saharul. Walaupun kejayaan seseorang tidak semestinya boleh diukur daripda sekeping sijil, pengalaman ‘struggle’ yang kita perolehi untuk dapatkan sesuatu itu adalah lebih bernilai. Tak gitu!
*
Jom recap balik di sebalik tabir semasa penggambaran cover Majalah Remaja selepas finale Hero Remaja 2011/2012 dulu.