
Kisah seram memang benar-benar terjadi. Banyak dikisah dan diceritakan oleh mereka yang pernah mengalaminya. Banyak juga terjadi ketika di asrama sekolah, di rumah-rumah tinggal dan sudah pastinya di laluan gelap seperti di Lebuh Karak yang dikatakan antara lokasi terseram di Malaysia.
Baca kisah yang dkongsi oleh seorang pengguna twitter atas nama Aryus yang mempunyai deria ke-6. Beliau bukan saja mampu melihat malah mampu melukis gambaran hantu yang muncul dihadapannya.
Baca kisah seperti yang ditulis di twitternya tentang hantu jeruk peruk yang datang mengganggunya sekeluarga…



Kenapa Kebanyakan Pesawat Penumpang Sinonim Dengan Warna Putih? Ini Sebabnya

Mungkin warna pesawat tidak berapa dipedulikan kerana kebanyakan dari kita lebih memfokuskan kepada jenis pesawat seperti Airbus 330 atau Boeing 737 selain mahu mengetahui keluasan dan jumlah penumpang boleh diisi dalam satu-satu penerbangan.
Ia penting kerana kita mahukan sedikit keselesaan terutama jika perjalanan masa mengambil masa lebih dari enam jam ke atas sebelum sampai ke destinasi.
Namun tahukah, jika kita perasan, kebanyakan pesawat dicat warna putih dan boleh dikatakan kebanyakan pesawat penumpang diwarnakan sebegitu. Walau ada warna-warna lain bagi pesawat komersial seperti merah untuk Air Asia, ia masih dicat putih bersamanya. Bagi Malaysia Airlines pula, kebanyakkannya berwarna putih selain warna lain bagi logonya. Malah kebanyakan negara di seluruh dunia turut memilih warna putih bagi pesawat komersial mereka.
Jika kita menganggap warna putih lebih bersih tetapi ada sebab mengapa badan pesawat penumpang dicat sedemikian.
Menurut Reader’s Digest, ada dua alasan warna putih menjadi warna pilihan pesawat.
Pertamanya untuk memastikan pesawat kelihatan “tenang atau sejuk mata memandang”.
Jelas Steve Deane dari syarikat Stratos Jet Charters dalam satu temuramah berkata, bayangkan pesawat berada di landasan sebelum menunggu untuk berlepas.
“Jika pesawat berwarna gelap, ia pandangan tidak selesa untuk penumpang yang memandang. Malah dengan semua teknologi yang ada di dalam pesawat, jika ia diwarna putih, teknologi lebih tahan lama dalam keadaan “sejuk”.
Steve turut menjelaskan bahawa pesawat yang memiliki warna putih akan membuatkan mesin pesawat bertahan lebih lama dan dapat menghadkan waktu membaikinya. Tapi ia masih tetap diperbaiki apabila tiba masanya.
“Malah ia juga mudah dikesan jika terjatuh ke dalam laut atau terhempas di daratan. Warna putih memantulkan cahaya matahari dan pesawat lebih mudah dikesan jika berlaku kemalangan,” katanya lagi.
Mudah kesan keretakan pesawat
Seorang bekas pramugari Philip Weiss berkata, pemilihan waran putih biasanya akan membuatkan penumpang berasa lebih aman dan tenang.
“Tapi paling penting, jika ada kerosakan atau keretakan pada badan pesawat, ia lebih mudah dikesan berbanding warna gelap,” kata Weiss lagi.
Peningkatan segi keamanan dari pemilihan warna putih ini merupakan bonus.
Dalam pada itu, penelitian dibuat oleh Human Wildlife Interactions mendapati bahawa pemilihan cat ini mempunyai pengaruh pada burung. Penemuan ini memperlihatkan sudut pandang burung lebih jelas ketika di udara selain awan yang ada. Walau ada kerosakan terjadi akibat terlanggar burung namun ia adalah perkara biasa terjadi hingga kerugian kasar dianggarkan lebih dari USD300 juta setahun.
Setelah Terbukti ‘Makhluk Halus’ Wujud Secara Saintifik, UMK Cadang Tubuh Makmal Saka!

Al-Qur’an sebagai kitab suci umat Islam dan sumber rujukan utama membahas berbagai hal dalam kehidupan, baik di dunia maupun di akhirat.Salah satu pengetahuan yang diterangkan Al-Qur’an ialah makhluk halus, baik malaikat, jin, hingga setan.
Terbaru, setelah berjaya mengesan kewujudan saka dalam kalangan 10 pesakit mereka sebelum ini, tiga penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan ini bercadang untuk mewujudkan sebuah makmal khusus bagi tujuan kajian berkaitan makhluk halus.
Tiga penyelidik itu sebelum ini dikatakan berjaya mengesan kewujudan mahkluk halus dalam badan pesakit diganggu saka dan makhluk halus melalui parameter elektrik yang dikenali sebagai ‘Winaura’.

Para penyelidik yang disertai oleh Prof Madya Dr Yohan Kurniawan, Dr Alexander Stark dan Dr Burhan Che Daud itu berjaya mengenal pasti gangguan yang dihadapi pesakit dan membantu mereka mendapatkan rawatan awal melalui kaedah perubatan Islam.
Menurut Harian Metro, kewujudan saka berkenaan dikesan menerusi aura warna badan pesakit yang bertindak balas menggunakan parameter elektrik yang dinamakan sebagai Winaura.

Sekiranya pesakit mempunyai saka, auranya akan lebih banyak berwarna merah dan kebiasaanya pesakit akan berubah laku seperti bebola mata berwarna merah, tidak selesa, marah dan sebagainya.
Selepas itu, pesakit akan diberikan bacaan ruqyah, surah al-Fatihah, ayat Kursi, surah Yassin dan muzik ulik mayang sebagai rangsangan minda luar sedar pesakit.
Daripada itu, pesakit aka mengetahui sama ada sakit atau gangguan yang dialami berpunca sama ada daripada saka atau pun penyakit lain.

Situasi berkenaan berlaku dalam tempoh lebih kurang sesaat itu kemudiannya dicatat untuk kajian lanjut.
Antara penemuan mereka setakat ini, pesakit yang mendakwa diri mereka mempunyai saka ini bersifat kurang matang, mempunyai masalah hubungan dengan orang lain serta kurang kawalan emosi.
Malah mereka juga mempunyai perancangan untuk mengkaji kebolehan bomoh yang mampu merawat selain daripada mengkaji serangan histeria terhadap pesakit yang biasanya berlaku kepada golongan remaja.
So apa pendapat korang, menarik juga kalau ada jurusan macam ni kan. Tapi habis belajar jadi pemburu hantu ke?
Sumber: Harian Metro
Derita 13 Tahun Berakhir, Remaja Kepala Senget 90 Darjah Kembali Normal

Masalah tulang bengkok bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
ARTIKEL BERKAITAN : Hati-Hati Bila Ada 4 Tanda Ini, Itu Petanda Ada Masalah Tulang Bengkok @ Skoliosis
Begitulah yang dilalui oleh seorang remaja berusia 13 tahun di India yang terpaksa menangung ‘kepala senget’ sebelah pada sudut 90 darjah selama berbelas tahun.

Namun, bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila kini remaja ini dilapor dapat menjalani pembedahan kepalanya di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos sebanyak £26,000 (RM142,277.78). Hal ini setelah satu akhbar tempatan di sana ada berkongsikan mengenai masalah yang dihadapi oleh Afsheen.
Malah dari situlah satu laman telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana perubatan bagi merawat masalah kepala senget sebelah remaja berkenaan.
Risiko Hanya 50% untuk hidup
Bagaimanapun menurut pihak hospital, Afsheen hanya mempunyai peluang kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani prosedur pembedahan itu.
Namun, nasib menyebelahi remaja itu apabila dia berjaya menjalani pembedahan tersebut dengan selamat.

Remaja ini memang bertuah. Afsheen yang menghidap cerebral palsy itu kini berada dalam keadaan sihat. Dia turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.
“Terima kasih Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi saya kehidupan baru,” tulis Afsheen menerusi laman Instagram.
Menurut laporan Daily Star., Afsheen Gul yang berasal dari Pakistan itu menderita masalah ini sejak dia berusia lapan bulan.
Difahamkan, Afsheen terdahulu dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun satu kejadian tidak disengajakan ketika dia masih kecil telah berlaku. Dia didakwa pernah jatuh tergelincir ketika masih kecil lalu menyebabkan kepalanya menjadi senget sebelah sebanyak 90 darjah.
Moga adik Afsheen terus sihat dan boleh menjalani hidup seperti orang biasa.
BACA LAGI : 7 Selebriti Hollywood Ini Rupa-Rupanya Punya Pasangan Kembar
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Daily Star