Berita

Nelydia Senrose Sudah Tidak Lagi Berhijab?

Share

Aktres jelita, Nelydia Senrose menjadi bualan dan tanda tanya orang ramai selepas tular video di TikTok memaparkan pelakon ini sudah tidak lagi mengenakan hijab.

Menerusi rakaman yang dimuat naik semula di akaun peminat Nelydia, kelihatan adik kepada aktres popular, Uqasha Senrose dan suaminya serta ahli keluarga yang lain bercuti ke Cameron Highlands, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Sentiasa Doakan Dia…” -Dedikasi Istimewa Raysha Rizrose Buat Adik Tersayang

Sumber: TikTok Fans Nelydia Senrose

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoal tindakan pelakon itu yang dilihat on off bertudung, lebih-lebih apabila dia pernah menunaikan haji dua tahun lalu.

Terdahulu, Nelydia telah mencuri tumpuan apabila secara perlahan-lahan mengenakan hijab selepas pulang daripada tanah suci.

Sumber: Instastory Nadiyah Shahab

Namun, bukan mudah untuk istiqamah apabila pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu dilihat beberapa kali tampil tanpa hijab termasuklah ketika bercuti ke luar negara.

Sekadar informasi, Nelydia tampil mengenakan hijab sekitar tahun 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath