Nervous nak jumpa bakal mak mertua? Rileks. Semua orang pun akan ada perasaan yang sama bila pertama kali melalui saat ini.
Kalau tiba-tiba kekasih hati nak bawa jumpa dengan family dia, apa yang harus kita buat? Gelabah? Acah-acah cool? Atau cuba untuk mengelak?
Tak payah nak takut sangat, asalkan korang dah cukup bersedia dan tahu cara berkomunikasi yang baik , insyaAllah semuanya pasti ok!
Ambil kesempatan ini untuk mengenali lebih rapat keluarga bakal pasangan korang. Sambil-sambil tu, boleh la cuba tip yang kami nak share kan ni. Tak ada la kalut sangat nanti depan pak mertua. Hiks!
Tak nak nampak awkward sangat, sebelum berjumpa tu apa kata korang tanya siap-siap tentang keluarga si dia. Adik beradik berapa orang, mak ayah dia suka apa dan apa saja tentang mereka. Bukan apa, nanti senang la nak ambil hati kalau kita tahu apa yang mereka suka dan tidak suka.
Jangan pakai pakaian yang menonjolkan bahagian badan, sebaliknya cuba sesuaikan dengan pakaian-pakaian yang sopan dan berdandan la sikit biar nampak menarik. Paling penting, pakai ikut keselesaan korang ya.
Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih atau kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak payah la sampai nak bagi jam tangan atau handbag pada mak mertua. Nanti mereka fikir yang korang nak ‘beli’ mereka pula.
Kalau keluarga pasangan korang berasal dari kampung dan korang tu pulak orang ‘key ell’, jangan pula tunjuk muka geli bila masuk dapur mereka, buat-buat panas duduk dalam rumah. No
, jangan sesekali tunjuk perangai macam tu. Cover sikit ok? Hormati keluarga dan tempat tinggal mereka.Bila dah sampai rumah mereka, jangan pula hanya senyum daripada awal sampai balik. Sesekali berjenaka la sikit dan lakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarganya. Secara tak langsung, boleh hilang gugup tu nanti.
Ketika berbual bersama mereka, selitkan sedikit pujian contohnya seperti memuji masakan ibunya yang dihidangkan pada hari itu. Tentu sekali calon mak mertua rasa happy dan senang bila korang suka akan masakannya.
Bagi perempuan, selepas makan jangan sesekali berat tulang dan tidak mahu menolong keluarganya membersihkan pinggan mangkuk. Tak salah korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Time ni juga adalah waktu yang tepat untuk korang mengenali mereka dengan lebih rapat.
Sebab risau sangat tentang bakal mak dan ayah mertua, korang terlalu fokus pada mereka sampaikan lupa kekasih di sebelah. Asyik layan mak ayah dia je, jangan sesekali abaikan pasangan juga. Layan dia dengan baik kerana ini dapat memberikan persepsi positif kepada bakal keluarga mertua tentang bagaimana korang melayan anak mereka.
Tidak salah berbuat baik kepada calon mertua tapi biarlah dengan ikhlas. Jangan hanya di depan mereka saja tunjuk baik. Ingat, korang nak kahwin dengan anak mereka sampai akhir hayat kan, so kalau setakat berlakon jadi baik time tu, sampai bila korang nak berlakon? Terima mereka seadanya, sebagaimana korang mahu mereka menerima kehadiran korang juga.