Kepada sesiapa yang menyaksikan program Vokal Mania semalam di saluran TV3, tentunya korang tertarik dengan kelibat pempengaruh remaja berusia 16 tahun, Cik B di atas pentas.
Cik B bukannya berada di program tersebut sebagai artis undangan yang ingin mempromosikan drama terbaru. Sebaliknya, anak kepada Dato’ Seri Vida itu menerima cabaran untuk menjayakan persembahan secara live bagi lagu debut-nya berjudul Tolanglah.
Untuk pengetahuan, ini merupakan momen istimewa buat Cik B memandangkan ia adalah persembahan nyanyian pertamanya di atas pentas dan Cik B membuktikan dirinya berani dengan menyanyi secara live, bukannya miming.
Lumrah bagi seorang penyanyi baru semudanya, Cik B tentulah merasa sedikit gugup dan itu adalah sesuatu yang normal bagi mana-mana artis. Menerusi tweet Cik B setelah menamatkan persembahan, dia mengakui akan perasaan itu dan berkata, “Sorry guys, Cik B nervous tadi sampai mulut pun terus kering,” dan menyertakan #VokalMania.
Sorry guys cikb nervous takdi sampai mulut pun terus kering #VokalMania
Kami tidak menafikan ada kecaman yang dilontarkan kepadanya. Sekali lagi itu adalah lumrah yang pernah dihadapi oleh anak seni apabila mereka meletakkan diri di bawah spotlight penonton seluruh negara. NAMUN, lebih ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat kepadanya.
@MNaremiAzwan : Good try Cik B, nervous tu. Suara dah unik. Saya cadangkan Cik B masuk kelas vokal dan rap. Belajar cara nak lontarkan suara Cik B. Nervous tu tak apa, lama-lama mesti boleh control. Part rap itu buktikan Cik B boleh rap secara live.
@macaister : Bukan kaleng-kaleng bakat terpendam Cik B, boleh rap tu. Keep it up Cik B!
@hikmat27khalid : It is okay, percubaan yang bagus! Good job Cik B, semoga maju jaya.
Ads
@frrhnm_ : You did a good job, syabas Cik B
@harithayiet05 : It is a good try, for me you did well Cik B. We love you.
Cik B jelas mempunyai potensi yang boleh digilap lagi. Baik sebagai pelakon mahupun rapper, Cik B mempunyai keberanian yang tidak dimiliki oleh semua remaja sebaya dengannya.
Tonton video penuh persembahan Cik B semalam di bawah:
*
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti paling diikuti di Instagram, Selena Gomez berkata dia dan Instagram mempunyai relationship paling complicated, walaupun dia memegang rekod followers terbanyak di platform media sosial itu untuk dua tahun berturut-turut.
Bagi Selena, sehebat manapun Instagram mampu menjadi tempat untuk bersuara terutamanya buat remaja seusia dengannya, ia juga merupakan tempat paling ‘berbahaya’.
“Instagram telah memberi saya ruang untuk memuat naik apa saja tanpa perlukan kebenaran sesiapa. Contohnya, satu posting boleh membetulkan semula semua gosip tak benar tentang saya.
“Jadi, Instagram menjadi ruang untuk saya bercakap benar.”
Namun menurut Selena, satu perkara yang merisaukannya adalah bagaimana remaja sekarang meletakkan 100% kepentingan terhadap media sosial.
“Instagram adalah platform yang hebat, tetapi ia telah banyak melalaikan remaja, termasuk diri saya, daripada perkara yang lebih penting dalam hidup ini. It gives a false representation of what’s important,” jelasnya.
Ada betulnya juga kata-kata Selena itu dalam temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar USA. Kita terlalu mementingkan kesempurnaan rupa paras, bentuk tubuh badan dan perkara yang remeh di Instagram sedangkan ada ramai manusia di dunia ini yang memerlukan bantuan.
Semua gambar ‘acah-acah’ itu hanya untuk mengumpan jumlah likes dan followers.
Cuba kita fikirkan semula, berapa ramai sangat golongan Insta Famous di luar sana yang betul-betul menggunakan peluang di Instagram untuk menyampaikan mesej penting kepada pengikut mereka? Tak ramai bukan.
Akan Terus Dapatkan Rawatan Mental Seumur Hidup
Dalam pada itu, Selena bercerita tentang pengalaman baru saja menamatkan rawatan 2 minggu dalam outpatient treatment program di New York untuk mengatasi masalah depresi dan anxiety (kebimbangan melampau).
“Saya ingin menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, bermula dengan isu kesihatan saya. Saya mempunyai banyak isu depresi dan anxiety – saya tak akan sembunyikannya.
“Sedih bila saya tak rasakan isu ini akan berakhir sehingga akhir hayat. There won’t be a day when I’m like, “Here I am in a pretty dress – I won!”
Selena merupakan salah seorang selebriti yang sentiasa terbuka dengan masalah kesihatan mentalnya beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya rasa ia adalah sesuatu yang perlu saya hadapi selamanya, dan saya okay saja kerana saya tahu saya akan lebih mementingkan diri berbanding benda lain dalam hidup ini.”
Selena juga merasakan dia tak perlu lagi cuba untuk menyenangkan hati orang lain.
“Ramai yang selalu bertanya bilakah album saya akan keluar, To be honest, I am not ready. I mean, saya tak merasa yakin dengan musik saya setakat ini. Jika album ini akan mengambil masa 10 tahun lagi untuk siap, then it takes 10 years. I don’t care.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Fatiya Latiff menafikan dirinya menghidap penyakit mental seperti yang didakwa ramai selepas mencetuskan provokasi terhadap pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza.
Menjawab pertanyaan warganet dalam sebuah video, pelakon drama hit Ariana Rose berkata dia akan ditempatkan di wad psikiatri sekiranya mempunyai masalah mental.
“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.
“Saya tidak sakit,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Dalam pada itu, Fatiya turut berpendapat dirinya bukanlah selebriti yang kurang popular seperti yang didakwa segelintir individu.
“Kalau saya sendu, saya tidak akan jadi viral. Lihatlah jumlah penonton video saya. Kenapalah anda semua buat begini kepada kaum sejenis.
“Betullah bapa saya cakap, orang Melayu memang suka dengki,” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu, nama Fatiya kembali hangat di serata media sosial apabila dia mula mencetuskan provokasi dengan menggelar Zahirah sebagai bibik (pembantu rumah).
Selain panggilan bibik, Fatiya turut mengundang kemarahan ramai apabila memuat naik fotonya bersama Aiman dan mendakwa bekas kekasihnya itu masih mencintai dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik untuk semua peminat drama bersiri Melayu & Jepun di Malaysia!
Salah satu buah tangan terbaru yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah drama bersiri Dari Mata Turun Ke Hati (DMTKH) lakonan Hero Remaja 2021, Mierul Aiman dan naib juara Dewi Remaja 2023, Arabella Ellen.
Diadaptasi daripada manga popular Jepun ‘Love’s In Sight’ nukilan Yuko Matsuda dan pernah diterbitkan oleh Nippon TV, DMTKH telahpun menerima pelbagai respon menarik biarpun ia baru sahaja ditayangkan sejak 12 Ogos lalu.
Ia mengisahkan kehidupun Jai Jerung (Mierul), seorang remaja nakal yang jatu cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea (Arabella). Disebabkan isu penglihatan, Iris terpaksa menggunakan tongkat putih dan mereka berdua bertemu di atas blok Braille yang sedang digunakan Iris sewaktu berjalan.
Selepas sahaja kejadian itu, mereka menjadi amat rapat dan akhirnya saling jatuh cinta. Disebabkan perasaan sayang yang ada dalam hati, Jai cuba melakukan segalanya untuk menyenangkan Iris dalam kehidupan seharian namun sebaliknya, ia lebih merumitkan lagi hubungan mereka. DMTKH seterusnya akan membawa penonton mengekori rapat kisah mereka sama ada mereka akan terus kuat bersama atau lebih rela mengambil haluan masing-masing.
Nah! REMAJA senaraikan lima sebab mengapa kami rasakan drama bergenre romantik komedi ini tidak kalah dengan versi original dari Jepun.
BARISAN PELAKON YANG LEBIH ‘FRESH’
Selain Mierul Aiman dan Arabella Ellen, DMTKH turut membariskan ramai lagi pelapis baharu yang juga merupakan wajah-wajah dari pencarian Hero Remaja seperti Evertts Gomes (Farhan), Afiq Hamidon (Dayat) dan Azri Safix (Haikal). Selain mereka, ia juga dibintangi oleh Qistina Khaled (Aira Sofea) dan Darien Aeldra (Jaha).
Sewaktu ditemui REMAJA di acara sidang media DMTKH, Mierul berkata bahawa kesemua rakan-rakan gandingannya itu cukup teruja untuk membintangi drama bersiri ini dengan semangat jitu untuk belajar. Ia secara tidak langsung turut membantu dirinya dalam menghidupkan watak sebagai Jai Jerung.
JENIS PENYAKIT TERHAD PENGLIHATAN
Watak Iris lakonan Arabella menceritakan mengenai seorang gadis yang berdepan masalah penglihatan yang dikenali sebagai Amblyopia di mana dia hanya dapat melihat objek yang terletak amat dekat dengan matanya.
Di sini, penonton dapat menghayati bahawa bukan semua insan yang mempunyai masalah penglihatan itu adalah buta sepenuhnya. Sebaliknya, jalan cerita Iris mengajar penonton mengenai kepayahan seseorang yang masih mampu melihat dalam skop yang amat terhad.
HUBUNGAN BAIK ANTARA HERO HEROIN
Kongsi Mierul dan Arabella, mereka tidak mengambil tempoh masa yang panjang untuk berjaya mencungkil chemistry yang wujud di antara mereka sebagai rakan gandingan.
Percaya atau tidak, ketika kali pertama mereka berpeluang untuk saling mengenali dan bertegur sapa untuk kali pertama, Mierul berkata mereka berdua hanya memerlukan lebih kurang 3 saat sahaja untuk mencari keserasian demi menjayakan watak masing-masing. Amboi! Hehe..
Bukan setakat itu, Mierul dan Arabella juga sudah bersiap sedia sekiranya impak lakonan mereka berdua akan membuatkan peminat dan penonton sejagat berharap agar mereka membawa rasa cinta yang wujud antara Jai Jerung dan Iris ke dunia realiti. Apapun, mereka berharap agar gandingan kali ini mampu membuatkan para penonton terhibur dengan jalan cerita adaptasi yang bersalut ‘rasa dan gaya’ Malaysia.
JEPUN VS MALAYSIA
Tambah Mierul lagi, antara perbezaan utama kedua-dua versi drama ini adalah kelainan budaya ‘Mat Motor’ di Jepun dan Malaysia.
Sebelum memulakan penggambaran, Mierul merujuk kepada karakter komik under 18 iaitu X bagi ‘menghidupkan’ watak Jai Jerung. Pelakon yang berasal dari Putrajaya itu juga banyak mempelajari dialek percakapan kelompok anak muda jalanan di sekitar ibu kota Malaysia agar karakternya tampil lebih realistik dan mudah difahami.
Dalam pada itu, Arabella pula merasakan karakter Iris direalisasikan dengan lancar apabila dia mendapati karakter itu mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan dirinya; selalu bersemangat, berkeperibadian positif dan comel!
AUDIO ISTIMEWA UNTUK PENONTON TERHAD PENGLIHATAN
Perkara ini mungkin tidak asing di negara-negara maju seperti di Jepun sendiri. Namun istimewa di Malaysia, teknologi ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan khas untuk drama DMTKH ini adalah sesuatu yang baharu di Malaysia.
Ciri audio istimewa yang membantu penonton yang terhad penglihatan ini membolehkan mereka memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu. Apa yang perlu mereka lakukan adalah menekan fungsi ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ pada TV atau menerusi On Demand semasa menonton drama ini nanti.
Memang menarik bukan drama adaptasi Dari Mata Turun Ke Hati!
Ia sudah mula bersiaran menerusi slot MegaDrama bermula 12 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan SOOKA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!