Netflix merupakan antara platform penstriman digital yang popular yang mendapat perhatian ramai, khususnya bagi mereka yang gemar menonton filem atau drama secara online.
Namun dilaporkan Netflix telah kehilangan 200,000 pelanggan pada suku pertama tahun ini. Hal ini turut disebabkan oleh perang di Ukraine serta persaingan yang menyumbang kepada kehilangan pelanggan penstriman digital ini.
BACA: 13 Filem Horror Yang Best Boleh Korang Tonton Di Netflix
Tambah pula Rusia yang telah menggantung perkhidmatan Netflix selepas pencerobohan Ukraine dan menyebabkan mereka kehilangan 700,000 pelanggan.
Tidak dinafikan juga bayaran bulanan platform ini semakin meningkat bagi menanggung jumlah kandungan baharu yang dihasilkan. Ia juga mungkin menjadi faktor pelanggan beralih ke platform digital yang lain.
BACA: Netflix Bakal Kenakan Caj Tambahan Untuk Individu Yang Berkongsi Akaun?
Oleh yang demikian, ada khabar angin mengatakan Netflix bakal memberikan langganan bulanan dengan sokongan iklan bagi mengurangkan bayaran kepada pelanggan.
Menurut CEO syarikat, Reed Hastings mengesahkan Netflix sedang mempertimbangkan pelan yang lebih murah dalam masa setahun dua lagi. Pelanggan masih diberikan pilihan untuk melanggan kepada pelan tanpa iklan tetapi mereka hanya diberikan pilihan kelak.
Apa pula pendapat korang, setuju atau tidak jika harga langganan bulanan dikurangkan tetapi ada pula iklan untuk ditonton?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU