Kalau korang mengikut rapat mengenai Belanjawan 2020, pasti anda sudah sedia maklum dengan pengenalan cukai perkhidmatan digital 6% bermula 1 Januari hadapan.
Bercakap mengenai cukai perkhidmatan digital ini, semestinya ramai yang tertanya-tanya sama ada ia akan memberikan impak kepada kenaikkan harga perkhidmatan digital berkenaan atau sebaliknya.
Awal April lalu, selepas meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2019, kerajaan mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan digital asing bakal dikenakan cukai tersebut bagi mengimbangi ekosistem dengan penyasaran pada penyedia perkhidmatan luar negara.
Bukan sahaja melibatkan perkhidmatan digital Google G Suites, malah perkhidmatan berbayar seperti Netflix dan Spotify, pengiklanan digital yang ditawarkan daripada Google dan Facebook, serta perisian dan syarikat permainan video seperti Steam.
Untuk pengetahuan anda, negara lain seperti Norway (25%), Rusia (18%) dan New Zealand (15%) sudah pun mengenakan cukai perkhidmatan ini, namun Malaysia hanya akan mengenakan cukai perkhidmatan digital sebanyak 6% pada perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia sama ada kepada pengguna individu atau pengguna perniagaan.
So dalam bergembira menanti tahun baru 2020, jangan lupa tentang pembaharuan penambahan cukai yang perlu korang hadapi ya.