Netizen Berang Dengan Kenyataan Forbes Tentang Kekayaan & Kejayaan Kylie Jenner

Share

REMAJA rasa kamu sebagai generasi muda dan millenial sudah pasti sangat kenal dengan nama Kylie Jenner. The social media queen yang menjadi ikutan ramai anak muda terutamanya pengaruh dari segi fesyen dan solekan ini sedang membina empayar perniagaannya ke peringkat global dengan cukup hebat.

Pada hari Rabu yang lalu, majalah perniagaan terkemuka Amerika Syarikat, Forbes telah memperkenalkan Kylie Jenner sebagai penghias muka hadapan isu terbaru majalah mereka.

Muncul dengan sub-tajuk ‘set to be the youngest ever self-made billionaire’, ia telah menarik komen daripada ramai pihak terutamanya pengguna laman media sosial di Twitter.

Foto: Forbes

Menurut laporan Forbes, Kylie kini memiliki kekayaan bernilai kira-kira USD900 juta (RM3.64 billion) dengan sebahagian besar pendapatannya menerusi jenamanya, Kylie Cosmetics yang telah terjual lebih dari USD630 juta (RM2.55 billion) sehingga kini.

Dan selebihnya pendapatan Kylie datang daripada pelbagai kemunculan menerusi media dan juga rancangan televisyen. Kejayaam Kylie kini dianggap mengikuti jejak langkah kakak tirinya iaitu Kim Kardashian yang turut membina empayar pernigaan berjaya.

Menurut artikel Forbes lagi, Kylie menggunakan pengaruhnya terutama di laman media sosial untuk mempromosikan jenama Kylie Cosmetics. Dan bagi anak muda seperti Kylie, laman media sosial merupakan ‘lombong emas’ yang mempunyai potensi tanpa batasan.

Akan tetapi di sebalik pengiktirafan daripada Forbes, ramai netizen tidak senang dengan kenyataan mereka bahawa Kylie menjadi kaya di atas usaha sendiri.

 

Seorang pengguna Twitter berkata, “Memanggil Kylie Jenner sebagai self-made bilionaire tanpa mengambil kira latar belakang kekayaan keluarganya serta bagaimana dia mempunyai pelbagai kelebihan adalah tidak tepat. Ia seolah seperti memandang rendah keupayaan orang lain terutama yang dari keluarga susah untuk berjaya.

“Kisah Kylie bukanlah memberi inspirasi atau motivasi kepada orang lain,” tambah komentar tersebut lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner Akhirnya Buang Filler Di Bibir & Kelihatan Lebih Cantik

Ramai netizen juga tidak bersependapat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Forbes. Bagi mereka untuk mengatakan Kylie berjaya sendiri sedangkan hidup dalam keluarga yang kaya-raya adalah tidak tepat. Langsung atau tidak langsung dia pasti mendapat bantuan terutamanya dari segi kewangan, jaringan kenalan sosial dan juga pengaruh.

Menurut senarai wanita terkaya terkini di Amerika Syarikat, Kylie Jenner menduduki di tangga kedua di belakang Oprah. Manakala untuk carta keseluruhan pula dia berada di tangga ke-27.

Bagaimana pula pendapat kamu? Adakah Kylie Jenner layak diiktiraf sebagai self-made billinaire atau tidak?

Bagi REMAJA, ia merupakan satu perkara subjektif. Tetapi untuk berada di tahap Kylie yang baru berusia 21 tahun merupakan satu pencapaian yang sangat LUAR BIASA!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim