Ada duit semua boleh jadi.
Tak ada duit juga boleh jadi punca pergaduhan, perkelahian, perceraian dan lain lagi.
Di saat pasangan Youtuber terkenal Dubai, Anas dan Asalah Marwah meraikan hari istimewa dan membelanjakan USD95,000 bersamaan RM500,000 hanya untuk mengumumkan jantina anak kedua mereka iaitu lelaki, netizen mula berbalah sesama sendiri.
Ramai menyifatkan ia sebagai satu pembaziran di mana kata mereka wang itu patut dibelanjakan untuk pendidikan anak-anak miskin. Masa yang sama, ada berpendapat, wang itu wang mereka dan biarlah pasangan ini berkongsi kegembiraan dengan cara mereka yang tersendiri.
Dua hari lalu,pasangan Youtuber terkenal ini meraikan hari istimewa dengan cara tersendiri. Enggan mengikut tipikal biasa dilakukan termasuk membuat baby shower dengan belon, pakaian sedondon dan tema biasa, pasangan terkenal ini tampil dengan slide performance di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa untuk membuat pengumuman tersebut.
Diraikan oleh ahli keluarga, jelas tertera kegembiraan di hati pasangan ini ketika pengiraan detik pengumuman gender reveal yang kini semakin popular dalam masyarakat dunia hari ini.
Mengendalikan saluran You Tube Anasala Family dan mempunyai lebh 2.5 juta pengikut di Instagram dan 7.67 juta di YouTube, video gender reveal pasangan YouTuber ini sudah pun mencapai tontonan jutaan penonton yang teruja menyaksikannya.
Pasangan ini mengambil masa kira-kira sebulan setengah sebelum dapat merealisasikan impian ini yang mana ia menjadi memori manis dalam membina keluarga. Dengan harta kekayaan sebanyak RM5.4 juta hasil pendapatan sebagai YouTuber, pasangan ini sering mendapat perhatian ramai ketika di luar.
Apa pun memang sweet tengok video pelancaran baby mereka ini.